Dua, tiga hari ini macam tak ada mood nak update blog. Jiwa masih kacau. Entah, perasaan yang sangat tak seronok. Baru lepas tengok cerita Istanbul Aku Datang. Sangat menarik dan belajar sesuatu dari jalan cerita tersebut. Cerita dia tak macam cerita cinta yang selalu kita tengok. Pengakhiran ceritanya lain dari yang lain. 

Kata-kata yang menarik, 'Dua hati yang dah sebati, sukar untuk dileraikan'. Memang betul, tapi penjelasan watak lakonan Beto dalam cerita itu tentang ayat itu sangat membuka mata aku. Dia cakap, sekiranya diteruskan penyatuan dua hati memudaratkan, lebih baik lepaskan daripada saling menyakiti. Memang betul dan sangat betul. Kenal bertahun lamanya tak menjanjikan yang kita kenal orang itu betul-betul luar dan dalam. Ikut pengalaman aku sendiri, memang betul. Pernah bercinta dengan seseorang selama bertahun lamanya, pendek kata hampir 5 tahun. Terlalu banyak kenangan bersama dan susah senang bersama. Tapi, jodoh tak ada, cinta aku dan dia putus juga di tengah jalan. Dan sampai sekarang aku tak tahu apakah punca sebenar-sebenarnya dia putuskan aku. Biarkanlah....Aku redha...

Kembali pada cerita tersebut, turut mengajar kita perempuan-perempuan di luar sana, pilihlah lelaki yang layan kita sebagai perempuan yang istimewa bukannya perempuan yang berkeliaran di luar sana. Betul dan sangat betul. Anda semua tengok lah kalau nak kepuasan lagi. Boleh download kat web-web INI