Berita baik untuk pengguna Gmail termasuklah aku. Untuk para pengguna Gmail, mungkin sedia maklum akan berkenaan had penghantaran fail yang mana hanya menyokong sehingga 25MB sahaja buat masa ini. Namun,Google bakal mengubahnya, dimana hari ini mereka mengumumkan integrasi Google Drive pada GMail, membolehkan fail sehingga 10GB dihantar melaluinya. Tak payah lah sibuk-sibuk buka skype lagi nak hantar fail-fail dna dokumen yang bersaiz besar.
Contoh 
Google Drive bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun sedia digunakan ramai pengguna diseluruh dunia. Tetapi, melalui integrasi baru ini, ia memudahkan pengguna untuk menghantar dan menambah fail pada Google Drive, terus pada GMail.
Memandangkan ia menggunakan Google Drive untuk tujuan penghantaran, ini membolehkan pengguna turut mengubah dokumen yang dihantar pada bila-bila masa, dan semua yang menerima fail tersebut, turut menerima kemaskini fail berkenaan dalam bentuk masa-nyata.
Sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, dan hanya boleh diakses melalui kaedah penghantaran emel baru yang diperkenalkan Google baru-baru ini sahaja.