Log in blog, rasa bersemangat baca chat box kat tepi blog.....da yang bagi kata-kata peransang..akan sentiasa cuba nak update selalu blog ni...terima kasih kepada yang telah membaca informasi yang aku kongsi kat blog ni...Kali ni aku nak kongsi tentang bahana nikotin. Semua sedia maklum bahawa nikotin wujud dalam rokok..hehe...jangan marah wahai perokok tegar..Rokok memang tak baik untuk kesihatan, tapi masih jugak nak merokok, tak paham aku...aku pun tak suka laki merokok, alergik asap dan baunya kurang enak...hehe..tanpa buang masa lagi, aku nak beritahu bagaimana tabiat merokok membahayakan kesihatan.
1) Kesan karsinogenik
Pendek kata merokok ni bagaikan mendedahkan diri kepada bahan karsinogen. Melalui proses metabolisme badan, bahan ini akan mencetus sitotoksiti sel rambut dan mutasi gen, akhirnya membentuk sel-sel kanser. Malah menurut kajian epidemiologi, perokok menghidap kanser paru-paru 13 kali lebih tinggi berbanding bukan perokok. Jika menghisap 35 batang rokok atau lebih setiap hari, risiko ini meningkat kepada 45 kali ganda.
2) Kerosakan sistem kardiovaskular
Menurut kajian klinikal mendapati bahawa perokok berisiko tinggi menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan serebrovaskular, kerana nikotin dan karbon monosikda dalam rokok dipercayai penyebab utama aterosklerosis koronari.Bagi perokok yang sudah sedia maklum menghidapi tekanan darah tinggi perlulah berhati-hati kerana golongan ini berisiko mendapat strok kira-kira 20 kali lebih tinggi daripada orang biasa. Di samping itu, merokok juga boleh menyebabkan penyakit pulmonari tercumbat yang kronik dan boleh mengakibatkan penyakit peparu jantung.
3) Kerosakan sistem pernafasan
Merokok adalah punca utama penyakit bronkitis kronik, emfisema dan halangan saluran pernafasan yang kronik. Ini adalah kerana dalam jangka masa panjang, merokok akan menyebabkan kerosakan villi pada mukosa bronkial, kalenjar hiperplasia submukosal, rembesan mukus berlebihan dan akhirnya menyebabkan halangan dan keradangan bronkiol. Selalunya perokok jangka panjang akan mengalami batuk kronik, masalah kahak dan kesukaran bernafas semasa menjalankan aktiviti.
4) Kerosakan sistem penghadaman
Merokok akan meningkatkan rembesan asid gastrik kira-kira 91.5% lebih tinggi berbanding jika tidak merokok, dan perokok cenderung mengidap ulser duodenum. Pada masa yang sama, nikotin dalam tembakau akan mengurangkan ketegangan injap pilorik, mengakibatkan refluks hempedu. Seterusnya menyumbang kepada keradangan kronik dan penyembuhan masalah ulser yang perlahan.
5) Kerosakan sistem pembiakan
Perokok wanita boleh mengalami gangguan haid, masalah kehamilan, kehamilan ektopik, osteoporosis dan menopaus awal. Merokok juga boleh menyebabkan keguguran spontan, dan pertumbuhan janin terencat. Ini semua adalah kerana karbon monoksida dan nikotin mengurangkan bekalan darah dan nutrien kepada karbon monoksida dan nikotin mengurangkan bekalan darah dan nutrien kepada janin, sekaligus menjejaskan perkembangan normal janin. Bahan-bahan berbahaya ini juga boleh mengurangkan rembesan hormon seks dan jumlah sperma, lalu mengakibatkan kemandulan di kalangan lelaki.
sumber : CNI news :-)
1 Comments
We're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your web site provided us with useful information to work on. You've donе an impressive tаsk anԁ оur entire
BalasPadamcommunity shall bе thankful to уou.
Here is my sitе :: erotic massage london
Here is my page sensual massage in london
Catat Ulasan