Jambu oh Jambu...Ramai yang kurang mengetahui bahawa jambu batu sangat kaya dengan vitamin C. Maklumlah, sejak kecil kepala otak asyik disumbat tentang pengetahuan bahawa buah yang kaya dengan vitamin C adalah buah oren atau buah blackcurrent..Buahan tempatan pun kaya dengan vitamin C jugak, bukannya buahan import sahaja..Jambu batu sangat mudah dijumpai dan buahnya pun sedap..Malah ada juga produk kesihatan yang dihasilkan berasaskan buah jambu batu ini dan tak kurang juga untuk produk kecantikan walaupun penggunaannya tidak meluas...Jambu batu turut mengandungi vitamin A dan vitamin B. Setiap 100g jambu batu memberikan 10mcg vitamin A. Di samping itu juga, jambu batu turut mengandungi serat dan galian seperti kalsium, fosforus, zat besi dan sedikit protein. Secara ringkasnya, kelebihan buah jambu adalah :

1) Luka

Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat. Selepas itu tempelkan dan letakkan pada luka dan kemudian balut dengan kain. Jangan lupa tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu batu sebanyak 3 kali sehari sehingga luka tersebut sembuh. Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

2) Cirit-birit

Selain daripada itu, jambu batu juga boleh digunakan bagi menagtasi masalah cirit-birit. Rebus daun jambu sebanayak 15g - 30g dan minum air rebusan tersebut.

3) Mengurangkan kolesterol

Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah. Caranya adalah dengan mengamalkan memakan jambu batu setiap hari atau minum jus jambu batu setiap hari, InsyaAllah boleh menagtasi masalah ini. Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanayak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

4) Ulser mulut

Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya.  Cuci hingga bersih dan rebus.  Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.

5) Hilangkan bau peluh

Sesuai bagi sesiapa yang mengalami masalah bau badan atau peluh berbau. Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan. Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat. Sapukan pada ketiak untuk mengatasi masalah tersebut. InsyaAllah, boleh hilang baunya itu.

6)  Tegangkan kulit wajah

Ini tips kecantikan ni. Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan canik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai. Kemudian tumbuk bahan-bahan tersebut hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah anda.