Tiba-tiba aku terbaca artikel tentang seorang remaja kategori genius bagi aku lah yang menjadi CEO termuda di dunia. Bertuahnya dia menjadi remaja yang terpilih. Remaja ini bernama Sindhuja Rajamaran yang berumur 14 tahun yang menjawat jawatan sebagai CEO termuda dan animator 2D (dua dimensi). Malah dia juga dianugerahkan Guinness World Record hasil penglibatan dia sebagai CEO termuda.
Lahir dari keluarga yang meminati dunia kartun menjadikan dia sangat terdedah dengan dunia animasi. Ayahnya seorang pembuat karikatur yang dan adiknya pula merupakan seorang penulis haiku (puisi pendek) termuda di India.
Kini Sindhuja menjalankan perusahaan animasi yang bernama Seppan. Malah Dia juga telah mengahsilkan filem animasi pendek yang mengangkat isu pemanasan global dan TBC. Di usia remaja, dia telah menguasai pelbagai perisian (software) komputer seperti Flash, Photoshop, Corel Painter, After Effects dan Maya.
Remaja ini juga giat menjalankan perusahaan karyawan yang turut dianggotai oleh pekerja muda lain yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk membuat iklan digital animasi. Dipercayai bahawa dia mewarisi bakat hebat itu melalui ayahnya yang merupakan seorang duta CorelDRAW dan perisiaan pengolah gambar. Pada ketika itulah ayahnya menyedari bahawa anaknya berbakat dan mampu menyesuaikan diri dengan Corel sejak berusia 11 tahun lagi.
“Saya diundang pada beberapa acara produk Corel dan merasa sangat
bangga sebagai pembuat karikatur digital dan kartun termuda,” ujar gadis
ini, seperti dipetik dlm laman Times of India.
Sindhuja sangat berkeinginan memiliki rumah produksi sendiri dan
membuat filem-filem berkualiti yang diakui secara global. Dia membuat
dirinya sebagai pencipta lapangan pekerja bagi para ahli dan pemula. –
Malaysiantabloid
0 Comments
Catat Ulasan