Hasil Carian Google

Khas kepada peminat Coca Cola..hehe....Menurut kajian dan ujian terbaru yang dilakukan di Institut Pengguna Kebangsaan Paris, minuman soda yang sangatlah terkenal ini dipercayai mengandungi alkohol. Malah menurut INC yang berpusat di Paris itu turut mengatakan bahawa Pepsi Cola juga mengandungi alkohol.

Berita yang menggemparkan ini telah ditayangkan oleh Press TV pada Sabtu 30 Jun 212 yang lalu. Selain itu, Majalah Perancis "60 Million Consumer" menerbitkan hasil ujian yang mengatakan bahawa tahap alkohol yang terdapat pada Coca Cola adalah 10 mg per liter atau kira-kira 0.001% alkohol. Ujian turut menunjukkan adanya unsur tertentu, sperti hidrokarbon yang dikenali sebagai alergen.

Bahan kontroversi lain yang terkandung dalam Coca-Cola adalah asam fosfat, pemanis atau pewarna E150d (karamel amonia sulfit). Bahan-bahan itu baru saja disenaraikan oleh negeri-negeri di California sebagai berbahaya bagi kesihatan.

Tetapi, Coca-Cola dan Pepsi Cola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan bahan-bahan itu dalam produk mereka di Amerika Syarikat. Menurut survey yang dijalankan juga mendedahkan bahawa jumlah gula yang tinggi terdapat dalam minuman tersebut, antara 17dan 19 potong gula satu liternya.

Berita ini sudah tentu meresahkan pengguna Islam, kerana Islam melarang tegas minuman beralkohol. Aku memang tak suka nak menghirup air ni sejak tahu air ni lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan.