Wah....lama dah tak tulis pasal
cinta..hahaha...Perasaan yang sangat tidak best bila kurang sihat a.k.a demam.
Info ni aku dapat dari kawan aku tapi ada penambahan sedikit mengikut
pengalaman aku sendiri jugak lah. Maklumlah umur dah meningkat, bertambahlah
pengalaman.
Andai lelaki tahu....Apabila
seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. Walaupun berterabur (bunyinya
banyak lah tu) perempuan yang materialistik a.k.a memandang duit tetapi
percayalah jauh di sudut hati mereka hanya ada seorang lelaki yang bertakhta di
hati mereka dan akibat terlalu ikutkan sangat nafsu nak lebih dari cukup tu,
mulalah meragam..paham-paham sendiri lah..
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Sudah sedia maklum, air mata ni senjata wanita...Macam kita tengok mak kita
nangis, habis luluh lah jantung ni tengok dia menitiskan air mata sebab kita
sayangkan mak kita. Menangis ni adalah salah satu cara nak melepaskan beban
dalam hati dan membersihkan hati.....
Andai lelaki tahu..Apabila
seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki
itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi
percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak
pertelingkahan yang berlaku...hehe..ni selalu berlaku....terutama bagi yang
bercinta dalam tempoh yang agak lama, selalunya bila mencapai tempoh 1 tahun ke
atas....Cemburu pun selalu jadi penyebab perempuan marah-marah....Benda ini
berlaku sebab perasaan yang semakin mendalam terhadap pasangan dan ada yang
perangai mula berubah...Mereka bukan berubah tetapi itulah jadi apabila
perasaan sayang semakin dalam.Semakin lama akan mudah menjadi sensitif tanpa
disedari...hehe...kenyataan...So, pandai-pandailah jaga hati diri sendiri kalau
terasa hati..Lelaki pun sama cepat touching tapi tak mengaku.....hehe....
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat...Kalau tak silap lelaki
pun sama...
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu
menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.. Lelaki pun macam tu juga ikut
pengalaman aku..Masing-masing inginkan yang terbaik dalam perhubungan...Bagi
yang tak serius tu, lain ceritalah.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Hehe...aku sokong ni....
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk
dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat perempuan rasa dihargai...Aku sokong 100%.....Kalau aku merajuk, aku
tak mintak pun keta bmw sebijik, rumah banglo ker, tapi kalau nak bagi
sangatlah dialu-alukan....hahaha...Kadang-kadang cukuplah tunjuk sikap prihatin
dan cakap mintak maaf..Tapi bagi yang merajuk lama-lama tu, nak uji kesabaran
laki jer...Tak tahulah spesies yang meragam, memang macam-macam kerenah...
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘I Love You’, itu tidak bermaksud dia tidak
menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya
hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..Kadang-kadang situasi
ini terbalik...hehehe
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Pendapat aku, jangan sesekali
percaya kecuali perempuan tu dah lari ikut lelaki lain. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun
perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di
hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. Yang ni lelaki susah nak
paham situasi ni sebab mencabar kesabaran diorang.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila
dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia
terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya
Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik
air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang
lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak
lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan
dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan
bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.
1 Comments
Terima kasih..sangat mendorong semangat..dan sangat menjelaskan..terima kasih sekali lagi..
BalasPadam-Art Calligrafia Mohamad-
Catat Ulasan