Kali ini, aku nak kongsi 10 universiti tertua di dunia...Bagaimanakah rupa nya ya? Maklumat ini dikutip dari www.collegestats.org. Jom layan...........

1) Universiti Al-Qarawiyin

Terletak di di Fes, Maghribi di mana pada awalnya merupakan sebuah masjid yang didirikan oleh kerajaan Fatimiyyah pada tahun 859. Akhirnya berkembang menjadi salah satu universiti yang terkemuka dalam bidang ilmu alam. Kemudian, pada tahun 1957, berkembang dengan pelbagai ilmu lain seperti matematik, fizik, kimia dan bahasa asing. Tercatat dalam Guinness Book of World Records sebagai universiti tertua di dunia.
 _________________________________________________________________________

2) Universiti Al Azhar 

Terletak di Mesir di mana merupakan universiti kedua tertua di dunia yang didirikan pada 970-972. Al-Azhar berfungsi sebagai pusat sastera dan  ilmu Islam Arab Sunni. Pelbagai bidang ilmu moden turut diajar di sini.
 __________________________________________________________________________

3)  Universiti Nizamiyya 

Universiti ini merupakan salah satu daripada sejumlah universiti yang dibina oleh  Nizam Al-Mulk pada abad ke-11. Universiti ini terletak di Iran.
______________________________________________________________________

4) Universiti Bologna 

Universiti ini adalah merupakan lembaga pendidikan tinggi yang pertama didirikan di Barat pada tahun 1088,  di Bologna, Itali. Pada masa itu, para pemimpin menjadikan universiti ini sebagai perantara dengan institusi-institusi di negara yang lebih maju dengan tujuan mengukuhkan lagi taraf pendidikannya. Sehingga ke hari ini, universiti ini masih dianggap sebagai universiti yang maju dalam bidang pendidikan di benua Eropah.
__________________________________________________________________________

5) Universiti Paris 
Universiti ini telah ditubuhkan pada pertengahan kuruk ke-12. Proses pembelajaran di universiti telah bermula sejak tahun 1096. Seringkali disebut sebagai Sorbonne selepas College de Sorbonne. Berkembang pada akhir abad ke-12 di wilayah Chatedral Notre Dame sebagai sebuah pusat pembelajaran bidang seni, kedoktoran,undang-undang dan teologi.
 _________________________________________________________________________

6) Universiti Oxford
Terletak di bandaraya Oxford, England merupakan universiti tertua di dalam dunia pertuturan bahasa Inggeris. Tarikh pengasasan yang tepat masih tidak jelas. Secara formal, dikatakan dibina pada tahun 1096. Berkembang pesat sejak tahun 1167, saat Henry II melarang pelajar Inggeris untuk melanjutkan pelajaran ke Univerisiti Paris. 
__________________________________________________________________________

7) Universiti Montpellier 
 Terletak di Montpellier, France yang diyakini usianya lebih tua dari tahun pembinaannya, 1150. 
 __________________________________________________________________________

8) Universiti Cambridge
Dikenali sebagai universiti berbahasa Inggeris kedua tertua selepas Oxford. Universiti ini diasas oleh para sarjana yang meninggalkan Universiti Oxford sepanjang tempoh perang saudara pada tahun 1209. Hari ini, Cambridge merupakaan salah sebuah universiti terhebat di dunia. Sehingga pada tahun 2009, para alumni universiti ini telah memenangi 85 buah anugerah Nobel.
_________________________________________________________________________

9) Universiti Salamanca 
Terletak di Salamanca, Sepanyol yang dibina pada tahun 1218 dan dinaiktaraf sebagai universiti oleh Paus Alexander IV pada tahun 1225. Pada awalnya, universiti ini ditubuh oleh Raja Alfonso IX Leonese untuk memberi peluang kepada masyarakat Leonese untuk menuntut ilmu daripada pergi belajar di Castile. Hari ini, Salamanca tetap menjadi universiti pilihan bagi siswa siswi Sepanyol yang ingin mendalami bidang kemanusiaan dan bahasa. 
__________________________________________________________________________

10) Universiti Padua
Merupakan universiti kedua tertua di Itali yang dibina pada tahun 1222, ketika sekelompok mahasiswa dan profesor meninggalkan Universiti Bologna.