Walaubagaimanapun, Google mempunyai fungsi tertentu yang memudahkan anda mencari maklumat dengan lebih mudah, tepat malah lebih menjimatkan masa untuk proses pencarian maklumat.
So, aku nak kongsi 5 keistimewaan Google ini yang patut anda tahu...
1) Membuang hasil carian yang tidak diperlukan atau yang tak berkaitan
Anda ingin mencari tentang sesuatu yang terlalu luas di mana akan ada pelbagai 'unrelated' atau 'unrelevant' web page yang akan muncul. Ini sangat mengganggu proses pencarian anda.
Contohnya: Anda ingin mencari tentang review buku "Harry Potter" (atau apa sahaja), dan anda menaip ke dalam kotak carian Google "Harry Potter review", akan muncul banyak senarai links yang berkaitan dengan movie, bukannya buku. Diangsebabkan anda bukanlah mencari tentang movie, anda boleh membuang semua link yang berkaitan dengan movie dengan hanya menaip atau menambah "-movie" di hujung ayat carian anda. Keputusannya, hasil carian hanya akan berkaitan dengan "Harry Potter review", bukannya "Harry Potter movie".
2) Google Sebagai Kalkulator
Google juga boleh memainkan peranan sebagai kalkulator di mana mampu mengira apa sahaja bentuk pengiraan samada ringkas mahupun yang kompleks.
Hanya taip sahaja pengiraan yang ingin dikira dan Google akan mengira untuk anda. Gunakan + untuk operasi penambahan, - untuk operasi penolakan, * untuk operasi pendaraban dan / untuk operasi pembahagian. Di samping itu, anda juga boleh gunakan ^ sebagai kuasa (contoh, "2^4") dan sqrt untuk mengira punca kuasa (contohnya, "sqrt 4", menjadi punca kuasa 4)
3) Mencari penterjemahan istilah
Dengan hanya menaip "define" sebelum perkataan, Google akan mencari dan memaparkan senarai penterjemahan istilah pada perkataan yang dicari. Dalam bahasa Melayu taip "maksud" (Contohnya, "maksud : perisian"). Fungsi yang sememangnya sangat berguna dan membantu.
4) Pencarian Dalam Satu Website
Taip "site:" dan website yang ingin dicari atau seperti contoh gambar di atas.
5) Pencarian Jenis Fail Yang Tertentu ( contohnya: pdf, doc, ppt)
Aku sebagai student yang ambil bidang management memang sangat memerlukan jurnal-jurnal untuk membuat assignment apatah lagi projek tahun akhir. Cara ini memang sangat membantu. Pertama kali, anda perlu klik "Advanced Search" yang berada di sebelah kanan bahagian atas sekali website utama Google. Selepas klik, anda akan dapat paparan seperti gambar di bawah.
0 Comments
Catat Ulasan