Patah hati? Sesiapa yang pernah patah hati, pasti tahu bagaimana rasa 'oren' nya patah hati. Pelbagai cara boleh digunakan untuk merawat patah hati, tapi aku bukan nak kongsi cara nak merawat tapi info tentang kesihatan yang sindrom patah hati mirip serangan jantung.

Sindrom patah hati (broken heart syndrome) secara umumnya sering menyerang wanita (tak bermakna lelaki terkecuali) iaitu suatu keadaan di mana otot jantung lemah buat sementara waktu dan pembuluh darah tidak dapat memberi respons secara normal. Ehm..patutlah sakit.

Para penyelidik di John Hopkins mendapati bahawa stress emosi secara tiba-tiba boleh menyebabkan kelemahan otot jantung namun keadaan ini boleh dipulihkan. Pesakit dengan keadaan ini, dipanggil sebagai stress kardiomiopati atau dikenali sebagai sindrom "patah hati", yang sering disalah tafsirkan sebagai serangan jantung.

Untuk memahami sindrom ini, para penyelidik telah melakukan kajian yang melibatkan 12 orang perempuan dengan sindrom patah hati dalam 6 bulan terakhir, 12 orang perempuan yang tidak pernah mengalami sindrom patah hati dan empat perempuan yang pernah mengalami serangan jantung klasik.

Hasil dari ketiga-tiga kumpulan, para penyelidik mendapati bahawa tahap awal katekolamin pada pesakit stress kardiomiopati 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding pesakit dengan serangan jantung klasik, dan 7 hingga 34 kali lebih tinggi berbanding normal.

Metabolit katekolami, seperti metanephrine dan normetanephrine, juga meningkat secara mendadal seperti protein stresss yang lain, iaitu neuropeptida Y, peptida natriuretik dan serotonin. Hasil keputusan ini mengesahkan bahawa sindrom itu diransang oleh stress. Biopsi pada otot jantung juga menunjukkan pola kecerdasan konsisten dengan keadaan katekolamin yang tinggi dan bukan serangan jantung.

“Didapati perempuan yang mengalami sindrom patah hati memiliki pembuluh darah yang tidak bekerja secara optimum akibat respons dari hormon stres yang diterimanya,” Dr Amir Lerman, seorang pakar jantung dari Mayo Clinic di Rochester.

Magnetic Resonance Imaging (MRI) scan menunjukkan bahawa tiada pesakit sindrom patah hati menderita kerosakan otot jantung kekal. Apa yang mengejutkan, pasukan penyelidik medapati bahawa tahap pemulihan adalah jauh lebih cepat dari biasa. Pesakit yang tertekan menunjukkan pemulihan yang memberangsangkan pada jantung mereka dengan kemampuan untuk mengepam secara normal dalam beberapa hari dan pulih sepenuhnya dalam masa dua minggu.
Sebaliknya, pemulihan selepas serangan jantung boleh mengambil masa selama beberapa minggu atau bulan dan, seringkali kerosakan otot jantung adalah kekal. Kebanyakan pesakit yang ditemui mempunyai kelemahan otot jantung jenis khas (atau kardiomiopati), dimana apeks jantung dari ventrikel kiri mereka membengkak seperti belon.

Umumnya tiada langkah-langkah pencegahan dalam menangani sindrom patah hati. Rawatan yang diberikan adalah mirip dengan serangan jantung sehingga doktor mendapatkan diagnosis yang tepat. Sebahagian besar pesakit akan kekal di hospital sehingga sembuh.

Sehingga kini belum ada terapi yang boleh mencegah daripada terjadinya sindrom patah hati, tetapi apa yang penting adalah seseorang itu harus menguruskan stres dalam kehidupan seharian dengan baik untuk mengurangkan potensi hormon stress daripada merosakkan jantung.

p/s : kredit pada artikel di psipum.org untuk maklumat artikel ini.....sesiapa yang patah hati, rawatlah dengan cara yang betul.....