Percintaan jarak jauh antara Farah AF2 dengan pasangannya Johan berakhir  ke jinjang pelamin. Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Majlis mereka diadakan pada hari ini, 16.7.2011.

“Pada satu malam, saya terserempak dengan Johan tengah bersembang dengan abah. Saya pun tertanya-tanya juga, “Eh, berani juga mamat ni kan?” Bukan apa, kebiasaannya lelaki lain tak berani apabila bertemu dengan orang tua, tapi saya tengok Johan macam okay.

“Walaupun time tu kami tak berkenalan, tapi Johan boleh menyesuaikan diri dengan abah. Kemudian, abah ambil nombor telefon Johan, dan saya pula curi nombor tu daripada telefon abah. Saya pun tak tahu kenapa, saya rasa macam nak sangat berkawan dengan Johan,” cerita Farah yang tersenyum riang berceritakan saat pertemuan bersama suaminya, satu ketika dahulu.

“Pada mulanya, kami sekadar bertukar-tukar mesej. Sehinggalah pada malam tahun baru 2006, itulah pertama kali saya mendapat panggilan telefon daripada Johan. Apabila contact & call, rasa ngam pula. Selepas 4-5 bulan berkawan, tiba-tiba kami berdua dah “I miss you”, “I love u”, ” jelas Farah lagi.

Pihak Johan membawa 7 dulang hantaran senashkah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, Satu set wangian Chloe. Manakala pihak Farah AF2 membalas dengan 9 dulang hantaran iaitu seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek dan tali pinggang Gucci. Farah AF2 menerima mas kahwin berjumlah RM2,500 sementar hantaran pula berjumlah RM25,185.
 
Majlis pernikahan ini diadakan di Putrajaya yakni di dalam Cruise..wah...memang unik...Tahniah sekali lagi kepada mereka berdua. Antara gambar2 pernikahan mereka yang aku kongsikan dari blog OhBulan!