Pneumonia atau radang paru-paru adalah antara punca utama kematian bayi dan kanak-kanak di negara Filipina. Syukurlah penyakit ini masih boleh dielak dan dirawat di peringkat awal. Oleh yang demikian, mak ayah kena lebih peka dalam mengenal tanda-tanda atau gejala Pneumonia pada si kecil dan mengetahui langkah mudah untuk mencegah penyakit ini.
Sudah semestinya harapan dan keinginan setiap ibu nak melihat anak-anak membesar dengan sihat. Namun sekiranya mak ayah berdepan dengan keadaan ini, pastikan si kecil mendapatkan rawatan di hospital dalam kadar yang segera.
Pneumonia pada bayi : Mak Ayah kena waspada 12 gejala ini
Pneumonia adalah penyakit radang paru-paru yang melibatkan pundi udara. Pundi-pundi udara yang dijangkiti bakteria (nanah) dan mengakibatkan gejala pneumonia pada anak seperti demam, sukar bernafas dan menggigil.
Antara gejala yang mak ayah boleh kenalpasti adalah :
- Kesukaran bernafas
- Demam dengan suhu sehingga 38.5 C
- Rasa tidak selesa
- Simptom selesema seperti sakit tekak, menggigil, sakit kepala
- Batuk kering dan tanpa henti
- Bernafas dengan laju dan berdehit
- Sakit perut
- Sakit dada
- Menggigil
- Muntah
- Hingus berdarah atau dengan warna hijau atau kuning
- Hilang selera makan (untuk kanak-kanak) dan menolak susu (untuk bayi)
Biasanya, radang paru-paru pada bayi dengan jangkitan di bahagian tengah dan atas akan mengakibatkan kesukaran bernafas; manakala paru-paru dengan jangkitan di bawah mampu mengakibatkan muntah, loya dan sakit perut.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Catat Ulasan