Sekarang ini musim buah telah melanda. Kalau kat negeri orang putih da musim salji, musim luruh tapi kat Malaysia ini ada musim buah. Macam-macam jenis buah-buahan yang ada di Malaysia termasuk durian, rambutan dan macam-macam lagi lah.
Kalau kat kampung aku sekarang, durian jangan cakaplah. Naik muak dah aku nak makan. Pendek kata tiap makan buah durian. Bapak aku siap borong buah durian banyak kali, tapi kelebihan raja buah ini boleh buah tempoyak dan gula durian (jem durian).
Okay, berbalik pada tajuk, nak cerita pasal buah pakan atau orang kat kampung aku sebut buah pakon atau lebih dikenali oleh masyarakat umum sebagai durian liar.
Inilah rupa buah pakan tersebut. Rasanya sedap tapi buat tekak haus sebab isinya pekat-pekat. Baunya tak sekuat bau durian. Pokoknya aku tak pernah nampak sebab kebun bapak ku tak tanam. Selalunya beli sahaja kat pasar dengan harga RM10 setompok di mana setompok ada 4-6 biji. Harga ikut permintaan dan kuantiti yang terdapat di pasaran. Buah ini tak boleh buat tempoyak lah, cuma boleh makan macam tu sahaja atau buat bubur untuk minum petang. Rasanya bagi aku sangat sedap. Maksud aku pekat-pekat tadi, rasanya macam makan coklat lah, mengeringkan tekak kalau dimakan dalam kauntiti yang banyak dalam satu masa.
Datanglah Sarawak kalau nak merasa...
0 Comments
Catat Ulasan