Ibu baru lepas bersalin? Baby masih merah lagi tu.

APA YANG HARUS DILAKUKAN BILA ADA BAYI "NEWBORN" ??

Jangan tak tahu, bila kita ambil tau pasal ibu yang baru beranak, sangat membantu mereka tau. Yalah kan, ibu yang baru bersalin fizikal dan mental dalam keadaan yang belum cukup stabil seperti sediakala.

Jadi, apa yang dilakukan adalah ambil 5 langkah mudah ni.

1) Pastikan posisi tidur bayi tu betul di mana posisi nya adalah dalam keadaan terlentang. Bukannya senget atau meniarap. 

2) Gunakan tilam yang padat, selesa dan kemas untuk kegunaan si  comel tadi. Jangan beli tilam yang entah apa-apa untuk mengelakkan sebarang risiko yang memudaratkan bayi anda.

3) Pastikan bantal, selimut atau mainan diletakkan jauh sikit dari tempat bayi berbaring. Ini adalah untuk mengelakkan berlaku risiko kemalangan kelemasan.

4) Sebaiknya bayi tidur di dalam kot/tilam nya sendiri  tanpa berkongsi dengan sesiapa. Ini adalah untuk mengelak risiko bayi dihempap orang dewasa semasa tidur. Bahaya!

5) Elakkan bayi dipegang atau berhampiran dengan perokok. Ini adalah kerana antibodi newborn belum cukup kuat untuk lawan. 

Jangan lupa berkongsi dengan ibu-ibu yang lain.

Dapatkan balm kegemaran yang tak panas, gak melekit ibu untuk si comel di SINI

Ikuti kami di telegram ➡️ Team KaylaRissa