Mengenal pasti tanda bayi kembung perut

Masalah kembung perut hanyalah melibatkan udara di dalam abdomen atau usus. Namun bagi sesetengah bayi, keadaan itu amat menyakitkan.

Apabila si kecil berdepan keadaan ini, gelembung udara kecil berkembang pada perut atau usus mereka yang menyebabkan tekanan dan sakit perut.

Ada si kecil yang tidak terganggu oleh keadaan ini. Tetapi ada juga yang menjadi gelisah dan sukar tidur hinggalah angin dapat dikeluarkan.


5 tanda bayi kembung perut

1. Anda menyedari si kecil akan meragam lebih kurang sejam setiap hari dan jangan risau kerana ia adalah 1 keadaan normal.
Walau bagaimanapun, jika anda melihat keadaan itu tidak semakin baik, tiba masanya untuk melakukan pemeriksaan doktor.

2. Si kecil juga akan kelihatan tidak selesa sepanjang masa. Ini adalah petunjuk utama bahawa angin di dalam perut si kecil melebihi paras normal untuk bayi baru lahir.

3.  Antara gejala lain yang boleh dilihat adalah apabila si kecil tidak menyusu atau sukar tidur dengan lena. Ia mungkin disebabkan oleh keadaan lain, tetapi angin di dalam perut antara punca biasa.

4. Apabila bayi menangis dan wajah mereka menjadi merah atau kelihatan seperti sedang kesakitan, juga dianggap sebagai tanda perut bayi berangin.

5. Bayi kerap menggeliat juga petunjuk yang boleh dikenal pasti. Jika bayi tampak tidak selesa, memusingkan badan atau menarik kaki ke dada, itu disebabkan gejala perut masuk angin.


Balm untuk atasi masalah kembung perut di SINI


Ikuti kami di telegram ➡️ TELEGRAM KAMI