𝗟𝗲𝗴𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝘂

Madu ialah sejenis manisan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah tertentu (𝑔𝑒𝑛𝑢𝑠 𝐴𝑝𝑖𝑠) hasil pengambilan nektar bunga ketika lebah-lebah ini menjalankan pendebungaan.

Madu yang terhasil boleh dibezakan bukan sahaja daripada jenis serangga yang menghasilkannya malah juga sumber nektar yang dipungut. Pelbagai jenis dan gred madu berada di pasaran. Madu juga digunakan dalam berbagai jenis perubatan tradisional bagi merawat penyakit.

Secara umumnya, madu banyak digunakan sebagai merawat atau melegakan masalah batuk. Caranya adalah :

1) minum 1 sudu kecil madu untuk kanak-kanak
2) minum 1 sudu madu untuk dewasa
3) campurkan 1 sesudu madu dalam air suam 1 cawan kemudian minum

Amalkan setiap hari hingga batuk beransur hilang.

Tapi 🚫 AWAS, jangan sesekali bagi madu bagi anak bawah 1 tahun (12 bulan ). Ini adalah kerana madu terutamanya asli terdedah kepada bakteria yang dikenali sebagai 𝑐𝑙𝑜𝑠𝑡𝑟𝑖𝑑𝑖𝑢𝑚 𝑏𝑜𝑡𝑢𝑙𝑖𝑛𝑢𝑚. Bakteria ni dapat menyebabkan keracunan 𝑏𝑜𝑡𝑢𝑙𝑖𝑠𝑚𝑒  di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan mampu meragut nyawa. Jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Legakan batuk anak atau bayi tanpa ubat dengan https://shope.ee/5Uqh2muCRM

Sumber :

https://ms.wikipedia.org/wiki/Madu