Selamat petang semua..baru-baru aku baru terkena CCRIS oleh pihak Bank Negara. Mula-mula bengang juga sebab tak pernah ada komitmen mana-mana. Lepas tu aku mohon laporan kredit kat Bank Negara. Korang boleh dapatkan borangnya kat CCRIS. Bagi yang tempat kediaman diorang ada bank negara lagilah senang. Hanya perlu pergi ke bank negara untuk minta laporan kredit. Bagi orang macam aku yang duduk kat Bintulu dan tak ada cawangan Bank Negara, aku isi borang pastu bagi dokumen sokongan kat email diorang. Respon diorang cepat juga sebab masa aku anta aritu diorang balas email aku cukup 1 minggu. Lepas dapat email dari diorang, kat situ diorang akan bagi langkah seterusnya untuk dapatkan laporan penuh. Cepat je, telefon Bank Negara dan pengesahan diri sendiri sebab maklumat laporan kredit tu teramatlah sulit. Tak sampai 5 minit dah dapat laporan penuh.
Setelah dapat laporan penuh tu, aku dapati tersangkut CCRIS gara-gara PTPTN. Pinjaman PTPTN masa aku diploma dulu. Adeh...aku zaman diploma tahun 2005. Patutlah kamek terkena. Mana nak bayar juga sebab lepas diploma terus sambung degree. Lagi satu selama ni aku bayar PTPTN masa aku ijazah saja rupanya sedangkan masa diploma tu tak terusik. Aku ingatkan 2 pinjaman tu 1 akaun sebab guna no. IC yang sama.
Selepas itu, aku telefon pihak PTPTN macam mana langkah seterusnya patut aku ambil. Aku telefon PTPTN cawangan Sarawak. Senang cikit komunikasi guna bahasa Sarawak. Dia bagi maklumat yang lengkap lah dengan mulut aku yang banayk bertanya ni. Dahlah kena bayar semua baru nama aku bersih dari CCRIS. Alahai, mana nak cari duit belasan ribu ringgit nak bayar semua. Nak cari apek taja aku bukan laku. Hahahaha...
1) Cara Pertama : Mohon bank untuk pembayaran penuh. Tadi dia bagi contoh Bank Rakyat sebab kebanyakan peminjam berjaya melalui Bank Rakyat. ( cara ni memang turun naik bank lah aku wei)
2) Cara Kedua : Tukar kepada Ujrah untuk mengurangkan. ( cara ni lagi remeh sebab nak selesaikan dulu tunggakan yang banyak tu, kalau rm50 oklah, ni puluhan ribu )
3) Cara Ketiga : Anak orang kaya dan ada cash banyak, pergilah bayar sepenuhnya ( cara ni memang mustahil lah untuk aku.
Ok....semoga pengalaman aku ni boleh membantu korang....Ini semua dugaan dan hanya bersifat sementara.
1 Comments
Cara Periksa Baki Ptptn & Semak Baki Ptptn
BalasPadamhttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/09/cara-periksa-baki-ptptn.html
Catat Ulasan