Madu Kelulut yang aku beli baru sampai hari ini, RM50.

Madu kelulut merupakan sejenis madu yang jauh lebih berkualiti tinggi dari madu biasa. Mula-mula aku ingatkan lebah ni makan pulut sebab tu dinamakan madu kelulut. Rupa-rupanya khayalan jauh meleset dari realiti. 

Aku mengetahui kewujudan madu kelulut ni melalui kawan-kawan zaman sekolah yang tengah sibuk bercerita pasal madu kelulut ni. Lepas tu mereka berkongsi tentang kelebihan madu tersebut.

Selepas itu, aku berminat nak membeli dan kebetulan aku melihat salah seorang dari kenalan dalam facebook aku ada menjual madu kelulut ini. Apa lagi, aku terus tanya dai macam mana nak beli. Disebabkan dia jual di kawasan kampung aku tapi aku tak da kat sana, dia menawarkan servis pos kepada aku. Ambik masa 2 hari juga nak sampai dari Saratok ke Bintulu. 

Kenali Lebah Kelulut

Wikipedia

Lebah kelulut atau kelulut sahaja ialah lebah yang tidak mempunyai sengat seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesies kelulut yang terdapat di seluruh dunia di mana kebanyakan di kawasan-kawasan tropika dunia seperti Australia, Afrika dan Asia Tenggara dan kawasan tropika Amerika. 

Kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat malah lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Rasanya ada masam sedikit. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakn spesies buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

Khasiat Madu Kelulut

  1. Kencing manis
  2. Strok
  3. Kanser
  4. Hipertension
  5. Gaut
  6. Sakit sendi
  7. Kuatkan tenaga batin
  8. Anti penuaan
  9. Jerawat
  10. Kudis, kurap atau jangkitan kulat pada kulit
  11. Tingkatkan metabolisme
  12. Memulihkan kecederaan dalam

Sumber : Rujukan