Rasanya ramai tahu apa itu daun lidah buaya ataupun nama saintifiknya aloe vera. Ciri-cirinya sedkiti berlendir di bahagian dalam dan berduri di bahagian batangnya. 

Antara khasiatnya:

1) Boleh mengubati luka terbakar dan melecur. 

2) Dikatakan boleh mengeluarkan racun di mana kandungan gelatin yang boleh berkhasiat menyerap racun dalam usus. Caranya sangat mudah iaitu dengan membuat jus lidah buaya ataupun namanya lebih cantik kalau disebut jus aloe vera.

3) Dikatakan boleh melebatkan bulu mata dan bulu kening. Caranya gunakan lendirnya dan sapukan pada bulu mata dan bulu kening. Lakukan berulang kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

4) Boleh digunakan menghilangkan jerawat dan juga boleh menghaluskan parut jerawat. Amalkan, Insha Allah boleh.