Kita sering merasa diri ingin dihargai oleh manusia sebab itu normal..Tapi pernah tak terfikir bahawa sampai bilakah kita nak kejar redha manusia sedangkan kita sebagai manusia sendiri tahu yang manusia takkan pernah puas.. Kita selalunya sering tersepit antara redha manusia dan redha Allah kerana kebiasaannya dua perkara ini sering berlawanan. Namun begitu ada juga dalam sesetengah perkara, dua konsep redha ini seiringan iaitu bila kita berada di persekitaran yang baik di mana orang sekeliling kita sama-sama mengejar redha Allah..Jika kita ramai kenalan namun kenalan itu lebih menjurus ke arah maksiat, seelok-eloknya jauhkan golongan seperti mereka ini dan doakan mereka supaya mendapat hidayah.

Di sini aku nak kongsikan satu cerita pengajaran tentang seorang pekerja kebun dengan seekor anjing.

Dalam sebuah perjalanan, Abdullah bin Jaafar singgah di sebuah kebun kurma. Beliau terlihat seorang pekerja kebun di mana merupakan seorang hamba berkulit hitam. Pada waktu rehatnya, datang seseorang memberikan hamba itu tiga keping roti. Tiba-tiba datang seekor anjing menghampirinya dan hamba itu memberikan sekeping roti kepada anjing tersebut. Selesai makan, anjing tersebut masih tidak berganjak, hamba itu memberikan sekeping lagi roti kepada anjing itu, masih juga tidak berganjak malah hamba itu memberikan kepingan roti yang terakhir kepada anjing tersebut. Abdullah bin Jaafar terkejut dengan apa yang dilihatnya lalu bertanya kepada hamba itu :

" Berapa pendapatan kamu?"
" Pendapatan saya adalah tiga keping roti sepertimana yang tuan lihat tadi."
" Jadi mengapa kamu berikan semuanya kepada anjing itu?"
" Selalunya anjing itu tidak pernah ke sini sebelum ini, anjing itu mesti datang dari jauh, saya tidak boleh biarkan dia ia pergi dari sini dalam keadaan lapar."

Abdullah bin Jaafar merasa sangat kagum dengan hati budi hamba itu lalu bertanya lagi :

" Tetapi, apa yang akan kamu makan hari ini?"
" Saya akan bersabar, saya sudah tukarkan pendapatan saya hari ini dengan memberi makan kepada makhluk Allah yang lapar."

Abdullah bin Jaafar terpaku mendengar kata-kata hamba itu dengan berkata, " Subhana Allah! Masyarakat mengatakan saya ini pemurah , tetapi lelaki ini jauh lebih pemurah berbanding saya!"

Lantaran itu beliau membeli kebun berkenaan dan disedekahkan kepada hamba lelaki tadi, kemudian memerdekakannya. 

Kisah ini diceritakan dalam Kimya'-i Sa'adah oleh Imam Ghazali ini memberikan jawapan yang jelas bahawa tentang konsep redha dengan takdir Allah SWT dan menumpahkan sepenuhnya tawakalnya hanya kerana Allah SWT. Bayangkan kalau anda berada di tempat hamba itu tadi, pendapatan hanyalah tiga keping roti. Setelah penat bekerja di tengah terik mentari, tiba-tiba datang seekor anjing yang sudah berjalan jauh dan dalam keadaan yang kotor mala tidak bermaya. Pasti ada antara kita menghalau anjing tersebut sekerasnya kerana kita sendiri lapar dan anjing itu kita anggap hina, betul kan? Tetapi tidak bagi hamba itu tadi, dia redha dengan apa yang telah tersurat untuknya pada hari tersebut kerana redhanya dia kepada takdir Allah SWT, manusia (Abdullah bin Jaafar)  menjadi redha kepadanya dan memerdekakannya serta menghadiahinya kebun tersebut. Itulah anugerah kepada sesiapa yang sering redha terhadap takdir Allah SWT.

Sumber : buku Khutbah Terakhir Rasullallah...nak beli online klik SINI

p/s : Jagalah hubungan kita dengan Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hubungan kita sesama manusia. Tetapi jika sibuk mengejar redha manusia, kita khuatir redha Allah kita akan persia di mana kelak kita juga akan dipersia olehNya di akhirat kelak.

"