Sejak kehilangan misteri MH370 sejak 8 mac 2014 yang lepas telah menggemparkan dunia. Pelbagai spekulasi, cerita, berita keluar di media massa saban hari. Aku pun terasa nak muntah baca pelbagai versi semua cerita-cerita tersebut. Hebatnya zaman sekarang fitnah berleluasa.
Yang tak boleh blah, da yang gigih kaitkan semua ini dengan pihak tertentu, da yang kaitkan dengan Mongolia nak balasa dendam kat Malaysia pasal kes Altantuya lah. Dikaitkan dengan DSAI lah. Kapten Zahari pembelot, hero lah.
Yang terbaik pulak, CNN gagal geografi dan sejarah. Siap cakap Malaysia ni pembunuh ataupun pengganas. Tak habis-habis kuasa besar barat ni nak buat cerita dongeng. Cukup-cukuplah cerita dongeng cinderella, snow white dan sewaktunya yang korang buat, tak payah susah buat cerita dongeng tentang negara orang lain. Cukuplah cerita Al-Qaeda bagai, Osama bin Laden lah.
Pendapat peribadi ku, ayuhlah semua umat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk dunia bersatu hati mempertahankan agama sebab ku tengok macam dah makin parah. Abaikan apa mereka nak cakap, yang penting kita bersatu dan jangan buat Allah murka. Akhir zaman ni, fitnah terbesar adalah fitnah dajal. Sama-samalah kita hafal dan perbanyakkan baca surah Al-Kahfi untuk lindungi diri dari fitnah dajal tu. Besar cita-cita mereka yang ber'geng' dengan dajal ni, kononnya nak buat NWO.
Sama-samalah kita persiapkan diri dan iman di dada. Jangan lupa berdoa kepada saudara seislam di Mesir dan Syria. Sesungguhnya, doa adalah senjata terhebat orang mukmin. Allahuakabar! Allahuakbar! Allahuakbar!
p/s : Rajin-rajinlah baca tentang sejarah kehebatan Islam dan berusaha contohi akhlak kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w....Ya Rasulku, ku merinduimu, Ya Allah, hanya padaMu ku mengadu.
0 Comments
Catat Ulasan