Assalammualaikum semua..Setelah sekian
lama aku tak update blog ini..kali ini aku muncul tentang artikel cintan
cintun. Umur dah meningkat ni tiba-tiba nak cakap pasal cintan pulak.
Semua pasti pernah merasa putus cinta kan?
Apa rasanya? Da yang cakap sangat perit lah, sangat seksa lah..
Aku tahu bagi yang tengah hangat
ber'couple' tu mesti merasa nikmat kasih sayang dari si dia. Maklumlah tengah
hangat bercinta. Pendek kata tanpa si dia tak boleh hidup ataupun hidup tak
lengkap. Padahal tanpa korang sedar, tak ada makna semua tu melainkan mainan
nafsu semata-mata. Pernah terfikir tak yang tu mainan nafsu semata-mata?
Sedar tak dengan hubungan 'couple' tu
telah menjarakkan diri kita dengan Allah SWT?
Aku pun manusia biasa pernah ber'couple'
tapi aku tersedar bila aku tak pernah bahgia. Bahgianya sekejap sahaja malah
hidup tak tenang sebab Allah tak redha. Sejak menyendiri, aku rasa hidup lebih
tenang, beribadah pun mudah..MasyaAllah...itulah kasih sayang Allah..
Kenapa tak makan daging khinzir?
Jawapannya
HARAM
Kenapa tak pegang anjing?
Jawapannya HARAM
Kenapa ber'couple'?
Jawapannya SEBAB SAYA
SAYANG DIA SANGAT-SANGAT
Kenapa pegang tangan?
Jawapannya KAMI
CUMA NAK ERATKAN SILATURAHIM
Sedangkan Islam dah terangan haramkan
ber'couple' ni. Benda yang memang haram tetap dipertahankan, bagaimana hidup
nak bahgia dan berkat. Walaupun nampak manis di mata manusia tapi tidak di mata
Allah. Kita hidup kejar redha Allah semata-mata. Pandangan siapa yang lebih
penting? Manusia ataupun Allah?
Rugilah sekiranya terlalu mengejar dan
mementingkan pandangan manusia berbanding manusia. Malah da yang rasa malu tak
ada 'couple', konon akan dicop 'forever alone' ataupun takut dicop tak laku.
Tambahan sekarang ni macam-macam yang
berlaku, kes buang bayi lah. Menggadaikan maruah demi membuktikan cinta
sangatlah merugikan semata-mata nak si dia terharu. Dahlah dosa lain bertimbun,
buat lagi maksiat dan dosa. Semakin banyak dosa kita semakin lama kita akan
diazab . Nauzubillah....
Sesetengah yang ber'couple' ni, otak
mereka disempitkan dengan ideologi kononnya merapatkan silaturahim dan
membentuk pasangan ke arah kebaikan. Adakah kita nak membentuk seseorang itu ke
arah kebaikan dengan perlu adanya ‘couple’? Taka da cara lain ka nak membentuk
seseorang ke arah kebaikan? Tanpa kita sedar, kita hanyalah menambah saham dosa
kita selama ber’couple’. Malah lebih menjurus ke arah mendekatkan diri dengan
zina.
Kepada adik-adik di luar, ingat pesanan
akak ni: “Kalau sayangkan seseorang ingatkan dia tentang Sang Pencipta iaitu
Allah.”
Bukan nya mengajak dia ke arah yang jauh
dari Allah seperti berhibur. Sangat berbeza bila korang ajak ke jalan Allah
dengan jalan lain.
Kenapa tak boleh sabar sikit? Tak boleh
kah semua itu dilakukan dengan suami yang halal buat kita?
Kenapa nak sempitkan fikiran kita yang
kononnya moden ini dengan benda yang kita tahu sememangnya haram. Kalau makan
tahu pulak haram.
Siapa cakap hidup sunyi bila taka da ‘couple’?
Allah kan ada. Berpisahlah dengan pasangan masing-masing kerana Allah. Insya
Allah akan terasa nikmatnya hidup dengan mengabdikan diri kepada Allah tanpa
memerlukan hal-hal percintaan yang remeh-temeh. Tanpa perlu memikirkan si dia,
tanpa perlu rasa sakit hati bila si dia tidak pedulikan kita.
Jika benar-benar sayang padanya, kita akan
mendoakannya semoga dia diberi petunjuk oleh Allah. Memang cara itu jauh lebih
indah. Doa kan senjata orang mukmin. Saling mengingati tak salah tapi yang
salahnya membuat semua itu dengan ber’couple’.
Sebelum sayangkan orang lain, sayangi diri
sendiri dulu dan sayangi Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Insya Allah yang
akan menyusul. Hidup yang lebih berkat sangat menenangkan. Yakinlah.
Jika anda ber’couple’, apa yang anda dapat
hanyalah dosa. Bahgia? Hanya sekejap lepas tu bergelumang dengan dosa, Allah
benci. Rindu yang mengundang nafsu. Pandangan mata yang mengundang nafsu. Semua
itu adalah maksiat yang kita lakukan tanpa kita sedari.
Yakinlah akan perancangan Allah kerana
sesungguhnya Allah lah sebaik-baik perancang bukannya skrip filem box office
bagai.
Jaga diri, jaga adab. Solehahkan diri dan
perbaiki diri menjadi yang lebih baik. Jangan bimbang jika jumpa lelaki yang
salah dan tak menghargai kita kerana itulah rancangan Allah supaya kita belajar
dari kesilapan. Percayalah, hubungan yang bermula dengan sesuatu yang tidak
disukai Allah tidak akan bahgia dan aman. Apabila bersatu kembali kerana
Allah, akan lebih indahlah percintaan
malah sudah halal.
Renungkanlah dan percayalah cinta Allah
lebih agung. Kita tidak akan rugi apa-apa malah dapat ganjaran pahala apabila
berusaha menjauhkan diri dari perkara maksiat.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah ayat 216)
1 Comments
singgah petang di sini
BalasPadammenabung churp2
Catat Ulasan