Rasanya semua tahu macam mana rasanya air suam ini kan? Rasanya adalah tiada rasa...hihi..Sejak kebelakangan ini, aku pandai pula mengamalkan minum air suam sebab terlalu terdedah dengan debu-debu di jalanan. Bila terlalu terdedah camtu, mulalah aku cepat nak selesema atau encik hingus asyik menyapa aku..Pada suatu hari aku terasa atau Allah menggerakkan hatiku nak minum air suam, lepas minum air suam aku rasa cam selesa pulak dan encik hingus berkurangan menyapa aku..So, aku google lah maklumat tentang kelebihan mengamalkan air suam ini. Rupa-rupanya begitu. Antara kelebihannya :
1) Menguruskan berat badan
- Wah, ini berita baik bagi yang mahu atau berusaha nak kuruskan badan termasuklah aku sekali...Ini demikian kerana air suam tidak mengandungi kalori, gula mahupun lemak dan ternyata ini mampu malah berpotensi mengurangkan berat badan kita-kita yang nak kurus tu kan...hehe
2) Meningkatkan kesuburan
- Air suam dapat menggalakkan penghasilan hormon testosteren pada kaum Adam dan hormon estrogen bagi kaum Hawa..Insha Allah...
3) Melancarkan sistem pencernaan
- Ini memang aku tak nafikan. Melancarkan sistem pencernaan lebih-lebih lagi kalau minum air suam dalam kuantiti yang banyak dan cukup untuk badan. Jadi, amalan ini boleh menghindarkan diri daripada disapa oleh encik sembelit malah proses pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lebih cekap.
4) Perawatan kecantikan
- Sejak amalkan minum air suam ni, aku perasan bibir tak kering dan sentiasa lembab, terasa cam memerahkan bibir secara semulajadi..Perbanyakkan minum air suam ni boleh mengelakkan kulit jadi kering dan lambat berkedut lebih kurang cam awet muda lah tu.
So, amalkan minum air suam ya...
P/S: Jangan tinggal solat sebab solat itu tiang agama...
2 Comments
suka minum air suam.....nyaman
BalasPadamyup...hehe...memang nyaman...
PadamCatat Ulasan