Entri kali ini khas untuk bacaan para perempuan dan para suami yang ambil berat pasal isteri diorang dalam soal pemilihan bra yang betul (ada ka?). Kalau ada suami macam itu, Alhamdullillah...
Payudara perempuan terdiri daripada jaringan lemak dan kelenjar yang tak memiliki tulang di mana tulang belakang yang menjadi tunjang penahan. Jika anda tak menitikberatkan pemilihan bra yang tepat dan sesuai, secara tak langsung anda telah membebankan tulang belakang. Tubuh pun lebih membongkok dan postur badan menjadi tak stabil sangat. Tulang belakang tak ada sparepart yer...
Menurut Dr. Magieline Roslina dari Citralife sebagai doktor chiropractic (pakar tulang belakang dan saraf) menjelaskan cara sederhana untuk mengenali postur badan yang tak stabil dan betul.
Perhatikan bahu kanan dan kiri anda saat berdiri, jika tak seimbang satu lebih tinggi dari yang satu lagi, bermaksud tubuh anda tidak seimbang. Selain itu perhatikan pada telinga semasa anda berdiri tanpa kasut, jika telinga kanan lebih pendek dari telinga kiri atau sebaliknya.
Payudara yang tak disokong dengan baik akan menambah beban kerja tulang belakang, yang berfungsi untuk menyokong seluruh tubuh. Apalagi perempuan yang berbadan besar atau berpayudara besar. Semakin besar payudara beban tulang belakang juga semakin bertambah besar.
Apabila bagian belakang bra lebih tinggi dari samping, berarti ukuran bra terlalu besar |
Para ibu yang menjadi surirumah seelok-eloknya pakailah bra semasa melakukan kerja rumah seharian kerana semasa melakukan kerja, payudara perlulah disokong dengan tepat dan berpadanan. Kalau tidak, postur badan menjadi tidak seimbang. Kalau nak tidur tu, bukak lah bra tu.
0 Comments
Catat Ulasan