Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk golongan belia di Malaysia.
Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi &Multimedia Malaysia
(SKMM) telah mengeluarkan iklan khas berkenaan syarat-syarat serta cara
memohon rebat RM 200 ini. Rujuk iklan di SINI
Syarat-Syarat
- Anda mesti warganegara Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
- Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
- Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
- Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
- Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
0 Comments
Catat Ulasan