Pelikkan kisah masjid berjalan? Tak ada yang mustahil di dunia ini. Sebuah filem dokumentari mengisahkan perjalanan membawa sebuah bangunan masjid yang sudah dibuat sebelumnya menuju kutub utara melalui darat dan sungai melintasi Kanada sejauh 4000 km..Wah, jauh tu..Hal ini belum pernah berlaku sebelumnya..Nak tahu dengan lebih lanjut, jom layan lagi.

Di sana ada sebuah kota kecil bernama Inuvik, dengan populasi sekitar 3,500 orang penduduk dan terdiri daripada kira-kira 100 orang Muslim. Sebelum datangnya Arctic Mosque ini, masyarakat di sana hanya dapat solat ditempat yang sempit. Dalam video teaser trailernya, seorang anak berkata bahawa dia ingin beribadah ditempat yang lebih luas lagi.  Betapa beruntungnya kita di Malaysia yang memiliki banyak masjid untuk beribadah.

Dengan adanya Arctic Mosque tersebut masyarakat di Inuvik dapat beribadah dan menjalankan aktiviti lainnya di tempat yang lebih besar dan luas malah lebih selesa. Denny Rodgers, Datuk Bandar Inuvik, mengatakan, pihaknya merasa sangat gembira untuk komuniti Muslim mereka, kerana sekarang komuniti Muslim tersebut dapat menjalankan ibadah di tempat baru dan jauh lebih selesa dari sebelum ini. Dia juga berkata, ini merupakan ikon budaya lain bagi kotanya dan benar-benar hebat.

 
Video






    

sumber