Siapa yang tak nak benda percuma kat dunia ini. Tapi sayangnya tak semua benda di dunia ini percuma. Jadi, sekurang-kurangnya kita boleh berjimat dan tidak membazir. Rasanya pengguna kereta di Malaysia semakin meningkat malah kereta mampu milik banyak di pasaran. Tapi entri ini merangkumi skop dunia. Penilaian ini berdasarkan kepada kereta paling menjimatkan,walaupun harganya memang boleh tahan bagi pasaran tempatan,malah ada yang belum sampai ke Malaysia pun.

1) Mitsubishi i MiEV


Merupakan sebuah kereta elektrik yang terbaik. Menggunakan petroleum dan elektrik untuk bergerak. 'EV' bermaksud Electric Vehicle dan diiktiraf di USA sepanjang tahun 2011 hingga awal tahun 2012 sebagai kereta yang paling efisyen menggunakan bahan apinya. Kalau tak salah anggaran harga kereta ini di pasaran Malaysia adalah dalam lingkungan RM150 ke atas dan masih belum sampai ke Malaysia lagi. 

2) Toyota Prius


Dijana dengan menggunakan eletrik, kereta Prius Plug In hybrid merupakan generasi ketiga (terbaru 2012). Terjual di 70 buah negara. Kereta ini memang sudah lama di pasaran Malaysia dengan harga pasaran dalam lingkungan RM150 ke atas.

3) Lexus CT 200h
 


Kategori kereta hybrid elektrik yang mewah. Terdapat dalam empat versi iaitu normal, sport, eco dan EV. Versi EV menggunakan penjanaan elektrik sepenuhnya. Di pasaran Malaysia, harag kereta memang melambung tinggi dan Toyota mensasarkan penjualan kereta jimat minyak mewah mereka ini untuk pasaran negara Eropah.

4) Toyota iQ


Merupakan Car Of The Year 2008 di Jepun yang merupakan kereta yang hampir sama dengan Mitshubishi MiEV. Mementingkan konsep mesra alam serta penjimatan sumber bahan api versi EV, atau kenderaan elektrik di katakan akan dilancarkan pada Ogos 2012. Menurut sumber Toyota hanya 600 unit versi EV akan dibina dengan 400 unit untuk pasaran Jepun dan selebihnya untuk Eropah dan USA.

5) Ford Fiesta



Memecah dominasi Toyota sebagai pengeluar kereta hybrid , Ford Fiesta 2012 juga merupakan kereta paling efisyen di dalam bahan bakar yang sempurna serta hybrid.