Ini entry yang ku baca dari blog sozcyili. Memang lawak sampai malam2 aku ketawa bagai nak rak. So, ku nak kongsikan dengan anda semua lah. Ini tentang seorang atuk yang ingin menyaman Mamat Khalid kerana menggunakan nama Kak Limah sebagai watak hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mengikut sumber yang leh dipercayai iaitu petikan dari akhbar mingguan Utusan Minggu yang baru-baru ni. Plot penceritaan boleh diikuti seperti di bawah. Sabor…sabor….

1. Nama atuk tersebut ialah Ismail Saaid.
2. Nama isteri atuk tersebut ialah Rojamah Abu Bakar

3. Isu ni bermula pada minggu yang sudah yakni salah seorang cucu atuk tersebut menonton vcd   filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di rumahnya. Hantu Kak Limah dalam filem tersebut dikatakan nama arwah ibu kepada atuk tersebut. 

4. Setelah menonton filem tersebut, atuk tersebut menjadi geram sehingga tidak boleh tidur malam. Disebabkan itu, atuk tersebut bertindak mahu menyaman Mamat Khalid kerana mempersendakan arwah ibunya iaitu Kak Limah. 

5.  Bukti yang mengaitkan bahawa Hantu Kak Limah berkait rapat dengan ibu atuk tersebut ialah surat beranak arwah ibunya. Ibunya pula ialah seorang bidan di mana turut digelar Kak Limah (nama asal : Halimah Walit) yang menetap di kampong Sayong Lembah sama seperti watak dalam filem Mamat Khalid malah seseorang yang dihormati ramai ketika masih hidup. 

6.  Selain itu, atuk tersebut juga marah bila mana filem terbabit menggunakan perkataan seperti : “Kita bako aje” dan “Ghonjang” kerana perkataan terbabit mempunyai makna tersirat yang difahami oleh atuk tersebut dan penduduk di kampong terbabit.

7.  Apa yang paling dikesalkan oleh atuk ni, bila mengetahui bahawa pelakon watak hantu Kak Limah ialah cucu saudaranya iaitu Delimawati. Atuk tersebut telah menghubungi Delimawati namun tidak dilayan. Atuk ni berharap agar Delimawati memohon maaf dan menegakkan keturunan dan salasilah keluarga Kak Limah. 

8.  Dan kepada Mamat Khalid, atuk tersebut akan memfailkan saman malu kerana menggunakan nama watak Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Atuk tersebut kini trauma kerana mengenangkan nama Kak Limah dipersendakan oleh penduduk kampong. Ini kerana menurut atuk terbabit, ibunya bukan seperti yang digambarkan dalam filem tersebut.

Memang payah, cuma aku takut bila kes ini dibicarakan di mahkamah, hakim pening kepala. Kalau semua orang macam ni, dari zaman P.Ramlee dulu dah kes saman menyaman gara-gara nama yang sama. Hahahahaha……kalau nak kutuk atuk tu, rasa berdosa lak, tak baik. Kang wujud pulak page Jangan Guna Nama Kak Limah dalam facebook nanti. Aku pulak yang tukang ‘like’ nanti. Alahai….ragam manusia memang macam-macam.


p/s : Jangan suruh atuk korang tengok cerita Melayu...hahaha