Dipercayai bahawa hari semakin pendek tempohnya di mana hanya  tinggal 23 jam sehari sahaja, bukannya 24 jam seperti yang sepatutnya. Difahamkan bahawa gempa bumi dengan magnitude 9 yang melanda Jepun, 11 Mac lepas telah mengubah posisi Bumi. Richard Gross, penyelidik dari Jet Propulsion Laboratory, NASA menyusun semula model pengiraan untuk diterjemah secara teori, bagaimana gempa bumi di Jepun yang merupakan gempa bumi terbesar sejak tahun 1900, mempengaruhi putaran Bumi.


Sumber dari United State Geological Survey, hasil pengiraan menunjukkan ada perubahan peredaran masa di Bumi. Gempa di Jepun telah menyebabkan Bumi berputar lebih cepat sekaligus memendekkan waktu dalam satu hari hingga 1.8 mikrodetik atau seperjuta detik.

Pengiraan yang telah dibuat juga menunjukkan bahawa paksi putaran Bumi begerak sekitar 17cm ke arah ‘longitude’ timur. Perubahan paksi putaran ini menyebabkan pergerakan Bumi mengalami sedikit perbezaan. Namun ia tidak mempengaruhi kedudukan Bumi di ruang angkasan kerana hanya kekuatan graviti Matahari, Bulan dan planet-planet yang lain yang mampu mengubahnya dan sudah semestinya kuasa Tuhan.

Satu kitaran putaran tempohnya semakin singkat di aman dalam satu hari sudah tidak mencapai 24 jam, akibat gempa bumi dengan magnitude 8.8 yang terjadi tahun lalu di Chile, tempoh 24 jam dalam satu hari telah berganjak sebesar 1.26 mikrodetik dan menggesel paksi putaran Bumi sekitar 8cm.

Malah, penggunaan pengiraan yang sama telah dilakukan setelah gempa bumi melanda Acheh pada tahun 2004 lalu, tempoh dalam satu hari sudah berkurang sebesar 6.8 mikrodetik akibat pergeseran paksi putaran Bumi dan bentuk Bumi sekitar 7cm.
( vivanews.com )




p/s : Entry ni aku translate dari blog bahasa indonesia, maaflah kalau ada tersalah..hihi...sharing is caring....