Lindsay Lohan, 24 |
Aktress yang penuh kontroversi, Lindsay Lohan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 4 bulan Khamis lalu selepas mengaku bersalah mencuri seutas rantai emas bernilai AS$2,500 (RM7,750) di sebuah kedai di Los Angeles pada Januari lepas.
Malah, dia tidak hadir dalam perbicaraan di mahkamah. Dia bakal menjalani hukuman tersebut selama 16 hingga 17 hari menerusi perintah tahanan di rumah.
Menurut laporan akhbar, sebelum ini dia pernah ditahan di penjara dan pusat pemulihan dadah selama hampir empat tahun pada mulanya mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan tersebut.
"Saya gembira hal ini (kes mencuri rantai) sudah berlalu serta akan meneruskan hidup dan karier seperti biasa malah saya bersetuju dengan hukuman yang dikenakan oleh hakim kerana saya perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku," ujar Lohan.
Berikutan itu, hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Stephanie Sautner menjatuhkan hukuman larangan memasuki mana-mana bar selama 120 hari, 480 jam melakukan perkhidmatan komuniti serta mengarahkan Lohan untuk melapor diri ke penjara pada atau sebelum 17 Jun ini.
Hairan aku, leh jugak dia gi mencuri sedangkan duit ada. Mencuri untuk kepuasan kot.
p/s : Memang 'berolah' ini budak.......
0 Comments
Catat Ulasan