Sekarang ramai wanita gemar menggunakan kasut tumit tinggi. Memang nampak cantik dan alternatif lain untuk yang kurang tinggi tamapak lebih tinggi lagi. Namun ada kesan jangka panjang akibat penggunaan kasut tumit tinggi ini. Memang benar ada sesetengah pendapat mengatakan ' cantik itu menyakitkan'.
Penggunaan kasut tumit tinggi memberi impak negatif kepada kaki dan belakang. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat, seorang wanita yang menggunakan kasut tumit tinggi sekurang-kurangnya 3cm akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26%. Malahan, boleh mengakibatkan rasa sakit pada kuku, bengkak jari kaki dan juga menyebabkan kesakitan pada punggung. Nasib baik aku tak suka pakai kasut tumit tinggi...hihi.
Malah yang lebih teruknya lagi, kajian yang dijalankan di London menunjukkan bahawa boleh menjejaskan kesuburan si pemakai.Juga boleh memberi kesan negatif ke atas kitaran haid serta fungsi atas bahagian atas tubuh badan.
Selain itu, risiko kasut tumit tinggi juga adalah:
- Punca rambut gugur
- Kasu tumit berukuran 12.7cm boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
- Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
p/s : Aku google kan tentang fakta risiko kasut tumit tinggi ni, sharing is caring....
1 Comments
terbaikk
BalasPadamCatat Ulasan