Sekadar Gambar Hiasan |
Anda sering kali menghidap penyakit lupa? Jika ya, janganlah dibiarkan malah carilah penyebab anda mudah lupa berdasarkan petanda seperti berikut:
1. Kadar gula darah tinggi
Masalah ini boleh mengganggu penyimpanan memori, malah keadaan ini boleh mengganggu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda. Jangan lupa menjaga pola permakanan yang seimbang serta tetap aktif. Alternatif terbaik untuk mencegah diabetes adalah dengan amalan berjalan kaki.
2. Kurang rehat
Otak sangatlah memerlukan rehat yang cukup yakni cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Menurut satu kajian yang telah dijalankan, responden yang tidur 6 jan setiap malam selama 2 minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah ujian secara tetap dilakukan ke atas memori responden, hasilnya menunjukkan bahwa mereka sukar mengingat memori jangka pendek. No wonder aku sering lupa, selalu kurang tidur. Tajamkan daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, sekurang-kurangnya cuba tidur pendek atau 'take a nap' selama 6 minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.
3. Berdengkur
Bukan hanya boleh mengganggu kualiti tidur, berdengkur juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’. Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun. Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur,
sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu
memakai alat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar
aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.
4. Metabolisme menurun
Kemungkinan anda memiliki masalah tiroid sekiranya hal ini berlaku. Hormon tiroid mengawal
metabolisme tubuh. Apabila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit, ianya
dapat mengganggu sel-sel otak, malah dapat memperlahankan kemasukkan informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.
5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini,
manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan.
Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringan pertambahan usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan mengambil produk kesihatan.
6. Mengalami 'stress'
Penderita 'stress' berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika 'stress' berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’. Masalah ini haruslah segera diubati. Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.
7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar tidak menjejaskan daya ingatan anda.
8. Terlalu banyak mengambil ubat
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.
8. Terlalu banyak mengambil ubat
Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.
p/s : Info ini sangat menarik perhatian aku kerana aku sering lupa...sharing is caring
0 Comments
Catat Ulasan