Alhamdullillah, bertambah lagi seorang yang hatinya terbuka untuk menganuti Islam. Aku terkejut gak baca berita ni, tapi banyak berita dah sebarkan benda ni.Perkara ini telah disahkan oleh Ian Brinkham iaitu jurucakap Paris pada CBS News.
“Dia memikirkan hal tersebut sejak lama dulu dan ketika ia dipenjara di Pemulihan Penahanan Century Regional pada tahun 2007, ia telah menemui beberapa orang yang memeluk islam ” Ujar Brinkham.
Dengan menjadi muslim, Paris Hilton telah nekad untuk menghindari kehidupan lamanya sebagai selebriti dengan kehidupan bebas dan berfoya-foya.
Ketika bercakap dari pusat Islam di Jeddah, ia berkata: “Saya telah menemui kedamaian sesungguhnya dalam kehidupan saya, saya dulu dikenal sebagai wanita malam, dan kurang bermoral, tapi sekarang semua itu telah berubah. Alhamdulillah.. “
Hilton akan kembali ke Los Angeles minggu depan untuk mendirikan sekolah Islam di pusat Beverly Hills yang glamour itu.
“Lupakan saja tentang Scientology atau Kaballah. Ini adalah agama terbaik yang pernah ada sekarang. saya tidak akan mengenakan tali merah di pergelangan tangan atau berjalan-jalan seperti robot yang berbicara tentang Xenu. Islam adalah agama yg wajib dianuti. dan saya akan menyebarkan ayat ayat Al-Quran kepada semua orang, “kata Paris Hilton bersemangat.
Paris Hilton juga akan mengubah namanya menjadi ‘Tahirah’ yang bermaksud 'murni, atau suci’.
Sekolah Islamnya akan dimulai pada bulan Julai akan datang dan pastinya akan terpaksa mencuri tumpuan artis Hollywood lain.
p/s : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar....
1 Comments
ohh..betul ni?? bagus la klau da insaf :)
BalasPadamCatat Ulasan