June 17, 2016

Nak Jadi Safety & Health Officer (SHO) ??



Assalammualaikum dan selamat berpuasa kepada semua...

Lama sudah rasanya tak update blog ini. Sampaikan ada seorang hamba Allah pergi add kat facebook dan inbox request untuk update kat blog. Terima kasih ya wahai hamba Allah.

Entry petang ni nak kongsi tentang ujian SHO exam yang dimabil kat NIOSH. Sesiapa yang nak ambik exam ni, faham lah maksud aku ni.

Sudah diketahui, syarat nak jadi SHO seperti di bawah :

1) Hadir kursus SHO di pusat-pusat yang diiktiraf selama 22 hari. Korang akan dapat sijil kedatangan (attendance certificate). Boleh juga daftar di NIOSH sendiri.

2) Ambil ujian SHO yang ada 4 paper.

   > Kertas 1 & 2 merupakan ujian bertulis.
   > Kertas 3 pula lebih kepada case study ( ada 10 soalan dan calon dikehendaki menjawab dalam masa 5 minit)
   > Kertas 4, WPA (workplace assignment ), ni kena buat sebelum presentation. NIOSH akan
      mengeluarkan jadual mengenai tarikh hantar WPA untuk sekian tarikh ujian.

3) Lulus kesemua kertas. Kalau masih tak lulus semua, masih belum layak untuk merangkul gelaran SHO.

4) Pengalaman minimum 3 tahun dalam bidang SHO untuk melayakkan diri memohon untuk dapatkan Buku Hijau (Green Book).

Untuk pengetahuan, saya sendiri masih belum layak untuk digelar SHO sebab pengalaman masih ciput di mana belum cukup 3 tahun lagi dan masih tak lulus lagi paper 4.....mak ai.....tapi tak putus asa.

Untuk lebih lanjut boleh rujuk juga kat blog Mohd Rosly. Kat situ penerangan yang sangat lengkap dan beliau juga merupakan seorang SHO yang sudah ada Green Book.

May 03, 2016

Mengapa Ramai Memilih De'Xandra

Mengapa Ramai Memilih De'Xandra???
De'xandra? Rasanya masih ramai lagi yang tidak mengenali lagi nama yang gah ni. De'xandra merupakan jenama minyak wangi yang menjual minyak wangi inspirasi dari minyak wangi yang terkenal peringkat antarabangsa. De'xandra kategori sebagai Eau Da Parfum (EDP) yang mampu bertahan selama 8 jam malah lebih ikut kesesuaian seseorang itu dengan tindakbalas wangian tersebut.

Bagus sangat ka wangian De'Xandra yang tengah panas sekarang ni? Ok, kalau nak tahu bagus sangat ka tidak, jom teruskan pembacaan.
Anda pernah bangun tidur setiap pagi dan terus terfikirkan masalah bagaimana untuk menghadapi mengharungi hari seterusnya dengan penuh tekanan? Kebanyakan situasi sebegini selalu berlaku apabila terdapat konflik di dalam diri sendiri selain mahu memuaskan kehendak orang sekeliling.
Malah perkara sebegini sepatutnya tidak patut berlaku lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan tentang keyakinan diri seorang wanita mahu pun lelaki. Kami senaraikan 5 punca utama anda mudah hilang keyakinan diri dan juga jalan keluar untuk perkara tersebut.

1. Bau Nafas Yang Teruk


Permulaan pagi di tempat kerja sepatutnya bermula dengan perkara yang positif dan bukannya untuk melihat wajah orang lain jijik dengan bau mulut anda. Jika anda menghadapi masalah bau mulut, cuba amalkan minum teh hijau (serbuk). Ini merupakan antara perkara yang dapat membantu mengurangkan bau mulut selain dapat menenangkan anda.

2. Berat Badan Berlebihan / Obesiti


Siapa anda mahu salahkan apabila berat badan anda berlebihan? Tidak cukup masa kerana bekerja sehingga lewat petang? Ayuh, bangunlah daripada sentiasa memberi alasan sendiri. Apa yang penting, kita tidak mahu usia tua kita lebih banyak terbazir di atas kerusi roda bukan kerana kemalasan sendiri?

3. Badan berpeluh


Jangan ambil mudah mengenai masalah badan yang berpeluh. Perkara ini pastinya akan membuatkan rakan di sekeliling anda kurang rasa selesa. Penting untuk diingatkan, jangan amalkan memakai pakaian yang sudah terkena peluh secara berulang.

4. Bau badan


Berpeluh juga dalam masa yang sama akan membuatkan badan anda berbau. Jika anda sudah bersukan demi mengurangkan berat badan anda berlebihan dan turut mengamalkan meminum teh bagi menenangkan diri anda, pastikan juga badan anda tidak berbau.

Dengan De’Xandra, anda tidak perlu risau lagi tentang masalah bau badan. Ini tips kami bagi anda yang betul-betul mahu mendapatkan keyakinan anda semula – De’Xandra hadir dengan pelbagai pilihan wangian yang mampu membuatkan anda berpuas hati dan jatuh cinta, diinsipirasikan daripada wangian bertaraf antarabangsa yang mampu bertahan lebih dari 8 jam dan juga halal serta boleh dibawa solat.
Malah, dengan saiz yang mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia pasti mampu memberikan anda rasa segar sepanjang hari. Masih tidak percaya, baca testimoni mereka yang pernah mencubanya di sini Dan tahukah anda, produk wangian ini juga antara yang sering mendapat pembeli yang kembali datang membeli setelah mencubanya?
Pakej yang hadir dalam bentuk botol comel 35ml dan hanya RM65 untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan RM70 untuk Sabah Sarawak, ia pastinya mampu membuatkan jejaka dan wanita kembali yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Kepada mereka yang menaiki motosikal contohnya, apabila sampai saja di destinasi, semburlah De’xandra. Bagi wanita, tiada lagi masalah beg berat untuk bawa botol perfume besar-besar.
P/s : Admin sendiri jual dexandra, nak beli boleh ke sini  dan like fb page De'xandra by Lynariz

March 15, 2016

Majlis Tunang Bajet

Assalammualaikum semua...

Rasanya blog aku di dah boleh menang anugerah terbiar dengan jayanya. Setelah lama menyepi dari mencarut kat sini, aku muncul lagi dengan kongsi tentang majlis pertunangan aku yang berlansung 5 Mac 2016 yang lepas.

Majlis tunang tu dirancang hanya selama sebulan setengah sahaja. Punyalah singkat masa sebab encik tunang aku melamar aku ajak bertunang pertengahan bulan Januari. Lamaran yang membuatkan aku terkedu, terpana sebab tak bercinta langsung dengan dia. Hanya berkwan biasa sahaja, alih-alih dia cakap dia nak pinang dan ikat tali pertunangan terus. Tarikh tunang pulak aku yang setkan untuk memudahkan persediaan yang boleh dikatakan bidan terjun juga.

Ni pelamin tunang aku, mini pelamin....kawan adik aku yang buat, bajet rm120
Pelamin kat atas tu, kawan adik aku yang buat. Budak tu form 4 lagi tau. Mula-mula malas nak pelamin bagai sebab konon nak simple. Entah halilintar mana memanah kepala hotak aku last minit bersetuju nak ada pelamin dengan tawaran harga yang serendah RM120 pulak tu. Selain dari tu, dia juga yang solekkan muka aku.

Solekan yang aku suka sebab masih neutral
Nasib baik eye bag aku tak nampak sangat, tak sempat nk memanjakan diri sangat sebelum majlis..busywoman..hihi
Solekan tu pulak upahnya hanyalah RM30. Mak ai, terkejut beruk aku bila dia cakap dia hanya RM30. Tapi yang sadis gambar ni diambil selepas aku makan, lipstik sudah dicium oleh gelas masa aku minum....hihi...

Dulang hantaran dari pihak laki untuk aku, aku juga yang buat. semua ni aku buat sendiri..bajet dlm rm200 juga sebab barang2 dikira 
Warna grey tu baju tunang aku, RM60 sahaja hokey...aku jumpa kat insta..
Baju tu bagi aku sangat murah dan senang dibeli. Tapi stok diorang cepat habis. Korang boleh usha baju kurung diorang yang cantik-cantik kat fb diorang Shawl UMS . Shawl biru yang aku pakai pulak aku beli shawl keknis RM12 sahaja. Beli kat kedai tudung. Tak sempat nak letak bead bagai.

Ok, ini encik tunang kita dan bakal suami yang berjaya tawan hati ini. Melayu vs Melanau. Aku melayu, dia melanau. Suku kaum yang da kat Sarawak

Dalam gambar tu bukan main dekat padahal angle gamabr tu diambil buat jadi camtu, tapi aku suka gambar tu...muahahaha....I love u sayang....padahal dia tak baca pun blog aku ni...

Okay...okay...azan Asar dah berkumandang...aku nak asar dulu, nanti aku sambung mencarut lagi benda lain. Konon2 nanti nak D.I.Y veil nikah....tunggu dan lihat hokey...

November 06, 2015

Buat Duit Dengan Blog : Nuffnang

Huwargh...dah tak eksklusif


Hai korang semua. ..rasanya macam nak tukar header blog tapi tunggu dulu lah bila ada masa.

Ok, kali ni nak kongsi dengan korang cara buat duit dengan blog. Sekarang ni aku guna cara dengan meletakkan iklan Nuffnang. Korang boleh jenguk website diorang. Syarat dia sangat mudah.

Kalo nak cepat dapat hasilkan duit, kenalah jadi ahli ekslusif diorang tapi aku baru perasan aku punya keahlian eksklusif tu dah hilang.

Aku dapat rasa sebab nya aku jatang update blog ini. Sayang juga sebab dah terkumpul banyak duit kat situ.

Pasni nak selalu update blog lah

October 28, 2015

Ulasan Produk : Babies Blink

Aku borong produk ni, memang sampai 9 bulan aku pakai...1 kotak 3 bulan

Kali ini aku nak kongsi ulasan tentang satu produk kecantikan yang masih hangat rasanya di pasaran. Aku sendiri telah menggunakan produk ni selama hampir setahun. Alhamdulillah, produk ini sesuai dengan kulit aku.

Tengoklah perubahan nya...kulit aku jenis degil, hampir setahun juga nak okay balik..gambar sebelah kanan gambar terkini.
Banyak seller yang jual produk ini. Aku kawan satu rumah yang bagi idea aku pakai sebab dia cakap muka dia okay lepas pakai. Mula-mula harga dia dalam rm80 macam tu. Sekarang ni, harga dia makin murah dah. Produk ini memang 100% hasil daripada orang Malaysia sendiri dan telah mendapat kelulusan KKM. 

Memang tak da pengelupasan langsung. Jangan malas itu je. Rajin cuci muka dan guna setiap set nya hingga ke titisan terakhir barulah nampak hasilnya. Untuk pengetahuan korang juga, produk kecantikan ni tak semestinya sesuai untuk semua orang. Ada jenis orang tak serasi. 

1 SET BABIES BLINKS MENGANDUNGI :

1. Glutacoll soap - 60gm
2. Antibiotic day cream - 20gm
3. Magic night cream - 20gm 
4. Whitening repair serum - 10ml
5. Toner whitening perfect - 40ml 

P/s : Tak semua kulit sesuai...da yang ngam dan serasi..ada yang tidak...

October 12, 2015

Perniagaan Kecil Kecilan

Stok baru aku yang baru sampai hari ini..bawal crepe hitam & aidijuma green label


Sekarang ni aku tengah menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan menjual tudung. Sebelum ni hanya untuk suka-suka. Kali ini nak buat secara serius.

Sebenarnya, perniagaan ni aku dah lama terdedah. Zaman belajar dulu selalu dah join MLM. Entah berapa jenis MLM dah aku sertai. Tapi paling lama aku sertai dan ada hasil adalah CNI sebab barangan pelbagai, murah, berkualiti dan aku sendiri pengguna tetap. 

Aku pernah membuat servis printing dan jadi agen topup. Masa tu niat nak tambah duit belanja sahaja. Lepas tu masa da karnival, aku dengan kengkawan lain jual waffle, kaya ball dan pop corn. Kita orang sewa nama dan barang Magic Bite snack food. Popular di Kuching, Sarawak dengan penghasilan makanan segera diorang. Kita orang hanya bayar jumlah modal barang mentah yang kita pakai dan untung bersih kita sapu semua. Penat wei sebab berdiri terlalu, maklumlah bisnes maju. Tapi seronok tengok hasil. Memang banyak untung masa tu. Terima kasih korang semua sebab sanggup susah payah sama-sama. 

Macam-macama jenis perniagaan korang boleh buat tetapi ikut kemampuan lah dulu. Bagi orang macam aku buat secara kecil-kecilan dulu. Seronok sebenarnya buat bisnes ni. Ianya macam buat kita keluar dari zon selesa dan deal dengan pengeluar ataupun pemborong. Sepanjang aku buat perniagaan jual tudung ni, aku buat survey harga kat instagram. Instagram memang banyak membantu. Disebabkan aku berkerja, aku upah adik aku untuk jual di kampung. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Stok cepat licin tapi aku kena pantau selalu orang upahan aku. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian aku.

P/s : Great things never came from comfort zone....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More