Rasa-rasanya seminggu lebih dah aku tak tulis entry baru. Semiggu tak dapat internet sebab modem router kat rumah rosak lah pulak. Mula-mula tiada talian internet, aku sabar lagi. Sampailah aku balik dari Kuching lepas majlis konvokesyen aku, aku tengok masih tiada telian internet. Aku buat aduan kat pihak TM Streamyx. Keesokkan harinya juruteknik diorang datang dan cakap modem router rumah aku rosak terkena kilat. Jadi, beli baru.
Temuduga KEMAS yang lepas memerlukan ujian fizikal di mana perlu berlari sebanyak 6 pusingan padang bersamaan 2.4km. Boleh tahan penat juga lah. Masa larian aku 24 minit. Hampeh...haha..Larian tersebut diadakan di Stadium Tun Ahmad Zaidi, Sibu.
Selepas selesai upacara larian itu tadi, tukar pakaian dulu. Basah kuyup baju dengan peluh. Lama dah berlari sebanyak itu. Tapi kalau beli-belah boleh tahan sampai seharain suntuk berjalan. Selepas tukar baju, terus pergi ke Pejabat KEMAS Sibu untuk sesi temuduga pulak.
Aku memang sangat setuju dengan ayat 'penantian ialah suatu penyeksaan'. Memang rasa terseksa sangat tunggu giliran untuk ditemuduga. Aku siap buat nota kecil untuk ulang kaji. Persediaan saat-saat akhir. Tunggu punya tunggu, giliran aku sebelah petang. Penat tunggu dari pagi.
Bila tiba giliran aku, cam biasalah masuk dengan elok, diorang suruh duduk ucap terima kasih. Perkenalkan diri dahulu. Kesilapan aku, aku cakap aku dah ambil ijazah. Antara dialog tu: (lebih kurang lah)
Penemuduga : Sila sebutkan nama jawatan yang awak pohon.
Aku : Pemaju KEMAS ( jawapan yang salah sebab aku tak ingat nama penuh jawatan, pastikan hafal dan tahu nama jawatan yang anda pohon untuk membuktikan yang anda berminat)
Penemuduga : Ceritakan apa tugas jawatan yang awak pohon?
Aku : bla...bla...bla....( ini aku cerita peranan guru TASKA lah)
Penemuduga : Kalau awak ditawarkan jawatan tetap dalam sektor awam dengan menggunakan ijazah awak, awak berhenti tak dari TASKA?
Aku : Rasanya tidak, saya akan terus kekal. (Jawapan yang langsung tidak meyakinkan dan sangat tidak jujur. )
Penemuduga : Awak langsung tak ada basic tentang pengendalian kanak-kanak sebab diploma awak ni langsung tak ada kaitan. Lainlah kalau awak ada diploma pendidikan awal kanak-kanak.
Aku : Jangan pertikaikan kebolehan orang lain selagi dia belum mencuba dan ukur kebolehan di atas kertas semata-mata. Semua orang boleh belajar dan mencuba. ( Jawapan aku sangat kurang ajar ku rasa..hahaha...lantaklah....dah tahu diploma aku tak ada kaitan janganlah panggil aku pergi temuduga...pelik...hahaha)
Penemuduga : Awak ingat dengan mencuba sahaja sudah cukup? Guru TASKA mengajar menggunakan kreativiti masing-masing, bukannya mencuba-cuba.
Aku : Kan setiap Guru akan diberi kursus, masa itulah saya boleh belajar. ( Sekali lagi jawapan aku kurang ajar)
Penemuduga : Apa yang awak ada untuk pikulu tanggungjawab ini?
Aku : Saya berminat dan saya suka kanak-kanak. ( Hentam saja labu)
Penemuduga : Awak ingat dengan minat itu cukup?
Aku : Minat kan boleh jadi peransang seseorang untuk mencapai sesesuatu. Minat juga boleh menjadi daya motivasi kepada seseorang.
Lebih kurang macam itulah.....Aku sakit hati dengan cara soalan tu ditanya, muka mencemik. Menurunkan self esteem aku jer. Tak apalah....Pengalaman...
12 Comments
thanks for the tips..im from sabah and will be attending the intrview on 30th oct. thanks again! it's really help..
BalasPadamu r welcome, dear....anyway, good luck for ur coming interview...
Padamdpt x jwatn guru taska ni?; )
BalasPadamSori lmbt bagi respon....bz....saya x dpt jawatan guru taska tu..takda rezeki....awak dpt ke? semoga berjaya
Padamdpt x jwatn guru taska ni?; )
BalasPadamthanks tips berguna terima kasih lagi sekali
BalasPadamu r welcome dear...
Padamsalam dear.saya nak tnye.saya dapat panggilan temuduga di kemas..bulan julai hari tu saya ada mohon jawatan sebagai pemaju masayarakat khas.jawatan tu sama ke dgn jawatan guru taska/tabika?
BalasPadamsalam dear.saya nak tnye.saya dapat panggilan temuduga di kemas..bulan julai hari tu saya ada mohon jawatan sebagai pemaju masayarakat khas.jawatan tu sama ke dgn jawatan guru taska/tabika?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam dear.saya nak tnye.saya dapat panggilan temuduga di kemas..bulan julai hari tu saya ada mohon jawatan sebagai pemaju masayarakat khas.jawatan tu sama ke dgn jawatan guru taska/tabika?
BalasPadamSiti khadijah... awk boleh share x, situasi semasa iv.?skop kerja? N awk berjya x?
PadamCatat Ulasan