Sumber Gambar: FB Page Kayla Rissa
Anak ibarat kain putih, di mana kita sebagai orang tua diamanahkan untuk menjaga, mendidik dan membimbing mereka. Amanah yang nampak mudah tapi sebenarnya sangat berat.
Di saat kita mengajar mereka tentang kehidupan, dalam masa yang sama anak lah mengajar kita erti sebuah pengorbanan, kepercayaan, tanggungjawab dan kesabaran.
Percaya tak anak mengajar kita TIGA perkara besar dalam hidup kita termasuk :
1) TENANG DALAM MENGHADAPI MASALAH
Apapun ancaman yang mereka hadapi, mereka tetap mahu tidur, makan dan bermain.
Kita? Apa yang kita lakukan apabila berada dalam masalah? Mereka tetap akan penuhi fitrah semulajadi mereka. Jadi, apapun masalah kita jangan lupa pada fitrah kita sebagai manusia dan hamba Allah. Tak payah kita nak terlalu meratapi masalah yang dihadapi.
2) SENTIASA SIBUK DENGAN SESUATU PERKARA
Bayi sangat pandai meluangkan masa mereka. Bila kita hulurkan mainan, mereka akan bermain. Apabila bersahaja, mereka tahu apa yang patut dibuat.
Kita? Bagaimana kita meluangkan masa lapang kita? Kekadang kita tak tahu nak buat apa, tiba-tiba kita rasa dah buang banyak masa dengan benda yang tak bermanfaat untuk diri.
3) BERSUNGGUH-SUNGGUH MENDAPATKAN APA YANG DIINGINI
Ini adalah perkara yang orang dewasa susah nak tiru. Apabila mereka mahukan sesuatu, mereka akan lakukan sesuatu mengikut kemampuan mereka, samada mengangis, merampas ataupun memberontak.
Anak juga merupakan makhluk kecil yang sangat pandai memanipulasikan situasi dan keadaan.
Kita? Apa usaha kita apabila mahukan sesuatu?
Seperti pepatah berkata, " Tak hendak seribu dalih, kalau hendak seribu daya."
0 Comments
Catat Ulasan