Apakah itu BERDENGKUR?
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.
Adakah DENGKUR itu sejenis penyakit?
Dengkur bukan penyakit tetapi dikategori sebagai masalah perubatan, terutama bagi individu yang mempunyai apnea tidur, kerana boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti strok dan tekanan darah tinggi.
Apakah DENGKUR membawa kesan yang buruk?
😔 Menjejaskan kualiti hidup pasangan suami dan isteri.
😔 Masalah hypopnea (kadar pernafasan yang rendah)
😔 Kekeringan mulut, pening dan rasa tidur yang tidak puas.
😔 Emosi terganggu
😔 Tindak balas dan fungsi kognitif penghidap akan menjadi perlahan dan terjejas. .
😔 Rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang
😔 Tertidur ketika sedang membaca, berbual, menonton televisyen, duduk, menaiki kenderaan dan juga ketika memandu.
😔 Meningkatkan risiko diabetes secara mendadak.
😔 Menyebabkan berlakunya sawan
😔 Risiko penyakit Alzheimer
😔 Risiko sakit jantung dan juga strok
😔 Lemah daya ingatan, hilang tumpuan, stres, mati pucuk dan jangka hayat lebih pendek.
Komplikasi
“Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea’ boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid“. Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Apakah langkah pencegahan yang boleh diambil?
Petua untuk mengurangkan dengkuran:
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Dengkur juga dikategorikan antara perkara yang menjengkelkan dan merimaskan orang sekeliling.
Insyaallah Lovely Rub Balm atau Baby Rub Blend Oil boleh membantu mengurangkan masalah dengkur.
0 Comments
Catat Ulasan