Stok baru aku yang baru sampai hari ini..bawal crepe hitam & aidijuma green label |
Sekarang ni aku tengah menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan menjual tudung. Sebelum ni hanya untuk suka-suka. Kali ini nak buat secara serius.
Sebenarnya, perniagaan ni aku dah lama terdedah. Zaman belajar dulu selalu dah join MLM. Entah berapa jenis MLM dah aku sertai. Tapi paling lama aku sertai dan ada hasil adalah CNI sebab barangan pelbagai, murah, berkualiti dan aku sendiri pengguna tetap.
Aku pernah membuat servis printing dan jadi agen topup. Masa tu niat nak tambah duit belanja sahaja. Lepas tu masa da karnival, aku dengan kengkawan lain jual waffle, kaya ball dan pop corn. Kita orang sewa nama dan barang Magic Bite snack food. Popular di Kuching, Sarawak dengan penghasilan makanan segera diorang. Kita orang hanya bayar jumlah modal barang mentah yang kita pakai dan untung bersih kita sapu semua. Penat wei sebab berdiri terlalu, maklumlah bisnes maju. Tapi seronok tengok hasil. Memang banyak untung masa tu. Terima kasih korang semua sebab sanggup susah payah sama-sama.
Macam-macama jenis perniagaan korang boleh buat tetapi ikut kemampuan lah dulu. Bagi orang macam aku buat secara kecil-kecilan dulu. Seronok sebenarnya buat bisnes ni. Ianya macam buat kita keluar dari zon selesa dan deal dengan pengeluar ataupun pemborong. Sepanjang aku buat perniagaan jual tudung ni, aku buat survey harga kat instagram. Instagram memang banyak membantu. Disebabkan aku berkerja, aku upah adik aku untuk jual di kampung. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Stok cepat licin tapi aku kena pantau selalu orang upahan aku.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian aku.
P/s : Great things never came from comfort zone....
2 Comments
Saya tidak dapat berterima kasih kepada perkhidmatan pembiayaan lemeridian yang cukup dan membiarkan orang tahu betapa saya bersyukur atas segala bantuan yang anda dan kakitangan pasukan anda telah menyediakan dan saya berharap untuk mengesyorkan rakan dan keluarga sekiranya mereka memerlukan nasihat atau bantuan kewangan @ 1,9% Kadar untuk Pinjaman Perniagaan .Via Hubungi:. lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com. WhatsApp ... + 19893943740. Teruskan kerja hebat.
BalasPadamTerima kasih, Busarakham.

Catat Ulasan