Sekarang ni banyak novel yang diadaptasi jadi drama kat tv. Aku perasan, dia punya jalan cerita macam sama sahaja. Nama watak, pelakon yang berbeza kot. Kebanyakan sama sahaja. Maka tak heran lah aku tak suka baca novel cintan cintun. Entahlah, sebab yang diceritakan dalam tu bukan realiti sangat (ada betul ka?), dia macam lebih ke arah fantasi. Macam seolah-olah 'fairy tale' gitu.
Nak jadi bijak kena bijak pilih bahan bacaan yang berkualiti. Jangan sembarangan sahaja. Dulu masa aku remaja suka baca komik bagai. Normal sebab proses pembesaran. Tapi aku tahu bahan bacaan tu tak berkualiti, sampai sekarang aku pun masih suka baca komik terutama 'manga' tapi taklah ketagih sangat dan tak mencari sangat.
Kepada adik-adik yang tengah membesar, hati-hati dalam memilih bahan bacaan. Jangan terpengaruh sangat dengan cerita-cerita khayalan dan fantasi dalam novel cinta terutamanya generasi muda. Bagi aku, tafsir Al-Quran adalah bahan bacaan yang terbaik. Itu ilmu dunia dan akhirat.
#1 Pilih ikut keperluan
Pastikan bahan bacan tu perlu ka tidak. Terutama anak-anak muda. Tengok pada umur juga kecuali korang jenis orang yang perasaan ingin tahu yang sangat tinggi tapi pastikan nak tambah pengetahuan semata-mata bukan nak cuci mata semata-mata.
#2 Pilih genre yang diminati
Ini penting sebab untuktidak bazirkan wang anda terbeli bahan bacaan yang anda tak berminat. Seeloknya genre tu membuatkan anda sebagai pembaca rasa "enjoy" nak membaca dan pastinya bahan bacaan tersebut membawa manfaat atau pendek cerita boleh tambah pengetahuan dan ilmu.
#3 Faktor ayat
Kena pilih bahan bacaan yang penyampian bahasa dan ayatnya tersusun dan teratur. Ini penting untuk mengelakkan terbiasanya membaca bacaan yang penuh dengan bahasa rojak yang terlalu banyak bercampur bahasa. Tak pasal-pasal masa nak buat esei, tertulis bahsa rojak tanpa sedar.
#4 Siapa penulis?
Bagi jenis yang suka membaca, mesti dah ada penulis kesukaan memasing. Bagi yang baru nak berjinak, boleh cari nama-nama penulis yang dah menghasilkan bahan bacaan yang bermutu mahupun berkualiti tinggi. Paling pun berbaloi untuk dibaca bukan sekadar jadi bahan hiburan semata.
#5 Pengaruh Emosi atau Psikologi
Keadaan emosi dan psikologi seseorang juga membawa peranan dalam memilih bahan bacaan. Contohnya seseorang tengah kecewa, cenderung memilih bahan bacaan untuk tingkatkan motivasi dan semangat diri. Bagi ibu yang pertama kali nak jadi ibu, pasti akan gigih cari bahan bacaan tentang ilmu keibubapaan, penyusuan dan pelbagai teknik berkaitan dengan anak.
Semoga membantu.
0 Comments
Catat Ulasan