Assalammualaikum semua..
Sejak sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa nak update blog aku yang dah bersawang ni. Kali ni aku nak kongsi tentang status "single"..Khas untuk yang masih solo yang tak ada komitmen dengan sesiapa pun macam aku..Pejam celik pejam celik hampir 2 tahun dah aku mensolokan diri. Macam malas pulak nak berpasangan ni sejak selesa single. Kawan memang banyak tapi kawan sahaja. Rasanya antara sebab kenapa selesa bergelar " single" adalah :
#1 Tak suka dikawal dan suka bebas
Faktor ni memang aku sokong sebab mengikut pengalaman. Lebih-lebih lagi wanita yang berkerjaya, dah biasa berdikari dan tak terlalu bergantung. Ada jenis yang suka dikawal tapi bagi aku nak kawal tu biarlah bertempat.
#2 Pengalaman lama masih menghantui
Faktor ini pun boleh jadi penyumbang juga sebab masih trauma ataupun takut terluka lagi. Ada yang ambik masa bertahun-tahun nak rawat hati yang luka tau. Kepada sesiapa yang ada masalah ini bersabar lah ok. Ala-ala lagu Elite yang tajuk 'trauma' tu.
#3 Sibuk dengan kerjaya
Memang betul sebab tak da masa nak mencari. Nak cari kat facebook pun jarang-jarang nak view jejaka jejaki. Ni memang kena batang hidung aku sendiri. Kawan ratusan dalam pesbuk tapi tak sampai sekerat pun salu bertegur sapa walaupun dalam tu kengkawan sama belajar di kala dahulu. Kepada yang sibuk sangat tu janganlah sampai tak hengat dunia ok...
#4 Dikelilingi kengkawan yang masih 'single'
Memang dan sangat memang..adeh ayat mengarut. Ini aku memang akui lah sebab kengkawan yang single ni diorang lebih positif sebab tak ada masalah cintan...Penat lah dengan masalah cintan..Dulu lah...
#5 Sunyi tapi jadual padat
Sunyi memang sunyi tapi sunyi itu dah buat kita mati lah. Bagi aku, sunyi lebih selesa asalkan hidup tenang dan tak ada menyakiti...Jadual selalu padat dengan aktiviti seperti habiskan masa dengan keluarga dan kengkawan.
#6 Masih tak jumpa yang sesuai
Faktor ni memang kuat. Aku dah muak dengar orang cakap aku ni memilih lah apalah...apadaaaa...hidup aku mestilah aku nak yang terbaik. Ok, takpa kepada sesiapa yang tak jumpa lagi tu banyakkan bersabar dan jangan putus usaha apatah lagi putus berdoa..Aku memahami perasaan anda.
#7 Target tak capai lagi
Bagi yang bercita-cita memang inilah faktornya. Kononnya nak dapatkan ni dulu, nak belajar dulu lah dan macam-macam lagi.
#8 Gembira walaupun sorang
Aku sedar nak gembira tu tak semestinya da 'couple' sejak lama dah solo. Macam yang aku cakap, yang penting hidup aman. Orang nak cakap apa, abaikan dan cakap terima kasih sebab ambik berat kannnn....
#9 Ayat-ayat manis membosankan
Mesej-mesej berunsur ayat manis lentok cair semua dah tak ambik point sangat. Macam dah lali dangan ayat camtu. Cair pun sekejap kot, pastu terbangun dari mimpi.
#10 Memberi sokongan padu kepada yang takut bersendirian
Menjadi pencetus semangat kat orang yang takut bersendirian malah bagi sokongan moral kat orang yang baru gagal bercinta.
#11 Tidak kisah duduk di rumah
Alahai, selepas sibuk bekerja sepanjang minggu tak kisah duduk kat rumah..Memang kena sangat dengan batang hidung aku sendiri. Sorang kat rumah, pastu masak makanan kegemaran sambil layan marathon movie kat asterok.
#12 Lupa macam mana rasa da pasangan
Macam dah nyanyuk bab macam mana rasa bila ada pasangan. Dah tak ingat berapa kali nak balas mesej. Balas pun balas yang penting sahaja. Yang merapu meraban terutama kat group wasap tu memang malas lah. ( Ada kaitan ?)
Okay...tu je kot.....malas dah nak perah otak walaupun ada juga aku cedok....jumpa lagi..
p/s : Kepada sesiapa yang tak jumpa lagi pasangan tu, bawak bersabar. It will come dear...
0 Comments
Catat Ulasan