Assalammualaikum semua..lama dah tak menaip dalam blog ini..Sekarang ini masih dalam ofis lagi sebab hari hujan, almaklumlah aku ni pengguna Honda roda 2..Paham-paham lah kan...hehe..Okay, kali ini aku nak kongsi 20 petanda anda telah berjaya dalam hidup meskipun anda tak sedar mahupun tak akui langsung pun..

Setiap manusia yang hidup di muka bumi pasti pernah merasa kegagalan cuma berbeza tahap dan jenis kegagalan tersebut..Sebab kita diuji Sang Pencipta mengikut kemampuan masing-masing..Betapa sayangnya Yang Maha Esa pada hambaNya..Okay, jom cek samada anda kategori berjaya ataupun tidak.

1) Kurangnya Drama Sinetron Dalam Perhubungan

Tak kisahlah hubungan suami isteri mahupun percintaan cintan cintot anda. Kita selalu tengok da pasangan yang drama terlampau banyak. Macam selalu yang aku tengok yang dok post drama mereka kat lama sosial macam facebook atau pun wechat. So, bagi yang pelbagai drama dalam hubungan anda itu, cek balik apa masalah kalau anda nak berjaya...hokey..Bagi aku, hubungan yang banyak drama ni salunya pasangan yang belum matang lagi sebab isu kecik pun nak dibesarkan..opsss.....betul ka? hehe...

2) Kamu Tak Takut Nak Mintak Tolong dan Sokongan

Mintak tolong mahupun sokongan tak menunjukkan seseorang itu lemah. Malah ia merupakan kekuatan yelah kan bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Hidup mesti bersatu padu..dalam sesebuah organisasi mestilah ada 'teamwork' kan. Bila bekerja secara berkumpulan lagi senang bak kata lagu wonder pet ' apa yang penting kerjasama'.

3) Peningkatan Personaliti atau Attitude yang Baik

Dah takda dah toleransi dengan benda-benda bodoh yang tak berfaedah lagi sama da dari orang lain mahupun kawan-kawan atau keluarga. Status kat facebook pun dah tak merapu bagai...betul ke? hihi. Kerohanian pun stabil, mental pun kukuh.

4) Lepaskan Sesuatu yang tak Menyenangkan dan Menggembirakan

 Sayangilah diri sendiri bukan bermaksud yang orang tu pentingkan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu baru sibuk nak sayang orang lain. Dengan menyayangi diri sendiri cukup untuk anda mengelak daripada melakukan sesuatu yang tak menggembirakan. Kalau terpaksa lakukan pun, ciri nombor 3 main peranan di mana mengubah attitude. Fikir positif selalu k.

5) Hargai Diri Sendiri

Hargai diri sendiri dengan memuji diri snediri atas usaha, tapi jangan sampai hebahkan kat dunia. Cukup bermonolog dalaman..Contohnya ' aku tahu aku kuat, ok, aku boleh buat.'

6) Belajar dari Kesilapan

Orang yang berjaya akan selalu belajar dari kesilapan lalu. Tak semua orang akan gagal dari percubaan pertama. Hidup ini umpama 'victory'. Jangan ulang kesilapan yang sama sebab nanti anda akan sentiasa pada tahap yang sama...Kasian...

7) Tahu Membezakan Siapa Yang Berniat Jahat atau Tidak

Selalunya orang yang dah berjaya ni, diorang akan lalui pelbagai onak dan duri. Melalui pengalaman itulah mereka menjadi semakin menilai sesuatu dan belajar dari situ. Kalau dah kena tipu, belajar untuk tidak ditipu dengan cara yang sama.

8) Kurang Merungut

Orang yang berjaya ni tak ada masa nak merungut sangat. Sentiasa berusaha dan terus berusaha tanpa membuang masa merungut tak tentu pasal dan menyalahkan orang.

9) Tak Dengki Dengan Kejayaan Orang Lain

Berbesar hati meraikan kejayaan orang lain sebab meraikan kejayaan orang lain tak bermaksud kamu tu seorang yang gagal. Semakin banyak ion positif dan bersangka baik maka baiklah hasilnya nanti.

10) Semangat dan Motivasi yang Tinggi

Orang yang berjaya tahu yang dia boleh. Bukan sahaja tahu malah lakukan nya terus.

11) Punya Sesuatuuntuk Dicapai 

Sentiasa memiliki matlamat. Sentiasa da visi dan misi. Biarpun kadang kala lambat nampak hasil tapi konsisten dalam mencapai visi dan matlamat.


12) Matlamat Tercapai

Bukan hanya pasang angan-angan mat jenin, pastikan matlamata yang diingini tercapai.

13) 'Empathy' dengan Orang Lain

Maksud 'Empathy' ni korang faham dan dapat rasai apa yang orang lain rasa. Orang yang berjaya pasti punya sifat ini.

14) Punyai Rasa Mencintai dan Dicintai 

Cinta ini banyak buat orang merana malah ada yang serik untuk bercinta lagi. Pendek kata orang yang berjaya ni tak takut nak mencuba lagi meskipun pernah terluka dengan teruk.


15) Tak Berminat Nak Bermusuh

Kita tahu kan hidup tak selalunya gembira tapi kita punya pilihan untuk bergembira atau sebaliknya.  Orang yang berjaya tak berminat nak bermusuh apalagi sentiasa dibayangi kesilapan silam. Bangkit dan belajar dari kesilapan.

16) Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap

Zaman sekarang ramai sangat mak jemah nyer. Stalker bagai lah. Kalau orang yang berjaya ni diorang tahu kemampuan dan level diorang, bagi mak jemah dan mak joyah sekalian tak heran dah.

17 ) Sentiasa Melihat Sesuatu Di Sudut Yang Baik

Hidup tak selalunya indah tapi kita boleh pilih nak pilih mendung ke cerah. Pengalaman yang negatif hanyalah sebagai pengajaran dan adalah proses untuk berjaya.

18) Terima Hakikat yang Tak Semua Benda Boleh Berubah

Jangan lari dari masalah tapi hadapi masalah itu walau dengan apa cara sekali pun. Kadang kala berdiam diri tak semestinya bermaksud kita lari, sebab kalau dah perkataan atau suasana bising tak memberi impak, biarlah kesunyian itu main peranan. Ubah lah perspektif negatif tu kepada positif okay..

19) Ubah Sesuatu Yang Boleh Diubah

Ubah sesuatu yang selalu fikir negatif kepada negatif.

20) Kamu Seorang Yang 'HAPPY'

Berjaya tak semestinya punya segalanya, rumah besau, bini besau kereta besau bagai.


kredit : berjaya