Beg tangan merupakan satu aksesori yang penting bagi seseorang perempuan. Pemilihan beg tangan yang betul memberi impak yang besar kepada penampilan seseorang itu. Jadi, berhati-hati dalam memilih beg tangan kerana takut kurang seseuai dengan diri anda. Tak kisah lah mahal atau murah.

Jadi, yang paling penting kita perlu tahu bentuk badan kita sendiri. Secara umumnya, terdapat 5 jenis badan.

1) Jenis 'Pear' 
  • Kebanyakannya mereka mempunyai bahagian punggung yang besar dan bahagian dada yang kecil.
  • Sesuai menggunakan beg bertali pendek jika anda ingin menarik perhatian dan mengurangkan perhatian pada bahagian punggung dan paha anda.
  • Jangan pakai beg tangan yang bertali panjang dan beg berbentuk panjang tirus.

2)  Jenis 'Apple'

  • Mereka selalunya kecil/kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalamai masalah bahagian atas dari perut ke dada. Nampak kurang stabil, kaki kecil dan berdada besar.
  • Seelok-eloknya, elakkan daripada menggunakan beg tangan yang bertali pendek. Ini kerana ia akan menyerlah dan menonjolkan lagi bahagian atas yang lebar.
  • Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberi keseimbangan kepada tubuh badan anda.
  • Handbag yang talinya panjang sedikit sesuai untuk jenis bentuk badan ini. Hal ini kerana dapat mengelak badan nampak terlalu penuh di bahagian atas, maka dengan tali yang panjang sedikit dapat menutupi kekurangan bahagian atas lagi besar dari yang bawah. 
  • Hobo bags, totes, drawstrings, bags with fringes, dan satchels adalah pilihan yang tepat.


 
3) Jenis 'hour glass' 
  • Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping. Kebanyakkan perempuan mengidamkan bentuk badan seperti ini.
  • Wanita berbentuk badan ini sangat beruntung kerana sesuai menggayakan semua jenis beg. Berbanggalah anda yang memiliki bentuk badan jenis ini, tak payah pening kepala pilih yang sesuai, ambil sahaja yang cantik di mata.
  • Tetapi anda tidak perlu terlalu berlagak yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yg paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yg sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yg terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
 
4)  Jenis 'petite'
  • Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini. Beg jenis lebar dan clutch juga boleh dikenakan pada pemilik yangg mempunyai tubuh begini.
  • Jangan sesekali cuba menggayakan beg tangan yg bertali pendek kerana ianya akan menampakkan lagi bentuk badan anda yg kecil.
  • Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini. 
5) Jenis 'slim athletic'
  • Bagi wanita yg aktif bersukan biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
  • Sama seperti wanita yg memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala2 bulat sesuai juga untuk wanita yg memiliki tubuh bentuk jenis slim athletic.