Gadis Kecil Yang Terdesak
Wanita jenis ini ialah mimpi ngeri bagi hampir semua lelaki. Wanita jenis ini selalu merungut dan kerap menyatakan dengan jelas betapa dia seolah-olah terdesak untuk berkahwin. Apa yang menakutkan lelaki tentang wanita jenis ini ialah lelaki selalunya tidak dapat mengenal pasti sikapnya sehinggalah berada bersama di dalam sebuah perhubungan.
Pada mulanya, wanita ini kelihatan amat berdikari dan yakin pada diri sendiri. Walau bagaimanapun, bila dia berada dalam sesuatu perhubungan dan berasa selamat, sifat ‘keinginannya yang mendesak’ mula dimanifestasikan. Dan selalunya perempuan seperti ini berpotensi jadi 'queen control'.
TIP: Ironiknya, wanita seperti ini kadangkala sebenarnya melakukan sesuatu yang baik dalam membolehkan lelaki melihat sesetengah sifatnya dengan cepat pada awal perhubungan, yang mana itu adalah juga merupakan ciri keterbukaan yang lelaki inginkan. Namun demikian, terlalu awal secara jelas menampakkan keinginan supaya lelaki mengisi segala kekosongan dalam hatinya sehingga seolah-olah mendesak lelaki berkahwin sedangkan perhubungan berada pada peringkat yang terlalu awal akan menakutkan lelaki.
Mulut 'Hard Core'
Sebenarnya dari perspektif lelaki, wanita yang yang kuat bercakap atau ‘talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang mengatakan dalam sehari, wanita menggunakan beribu lebih banyak perkataan berbanding lelaki. Apa yang ketara ialah ini bergantung kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan. Mungkin sebab perempuan mempunyai 9 nafsu (keinginan) dan 1 akal, jadi mereka suka bercakap berbanding lelaki.
Kalau subjek tentang sukan, kebanyakan lelaki akan bercakap lebih banyak berbanding wanita. Kalau subjek bertukar pula tentang sesuatu yang feminin seperti berkenaan bayi rakan yang baru dilahirkan, wanitalah yang selalunya akan bercakap lebih tentang subjek itu. Perempuan pun memamg pakar kalau bab 'berkongsi cerita'.
Kebanyakan wanita ‘dituduh’ bercakap banyak, atau kuat bercakap bila dalam keadaan yang sebenarnya, mereka bercakap lebih hanya disebabkan mereka berbincang tentang sesuatu subjek yang mereka suka sangat, bukanlah disebabkan ‘wanita memang bercakap banyak’.
Kebanyakan lelaki pula tidaklah begitu pandai bercakap sesama mereka seperti wanita bila berbual bersama rakan-rakan. Dalam dunia wanita, apa yang selalunya berlaku ialah, seorang bercakap, seorang lagi bercakap, semua boleh bercakap bersama dalam satu masa. “Join” sahaja dalam perbualan bila mood rasa nak “join”.
Dalam dunia lelaki, cara seperti ini dianggap tidak sopan kerana pandangan lelaki tentang perbualan adalah sama seperti ‘berhujah’. Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau ‘disampuk’ sehinggalah dia habis bercakap. Mungkin bunyi macam ‘over' semacam, tapi yang pastinya lebih kurang macam tu la kebenarannya.
Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.
TIP: Lelaki bukanlah berbeza sangat dengan wanita dalam hal ini.Bercakap banyak dalam perbualan sebenarnya lebih kepada “circle” yang sedang kita bersama. Cuma apabila anda bersama lelaki, cuba jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik itu adalah kesukaannya. Pastikan perbualan tidak terlalu menjurus ke arah yang tiada isi kerana lelaki suka perempuan yang ada 'isi' dalam setiap perkataannya kerana melambangkan kebijaksanaan dalam pertuturan. Budi bahasa budaya kita.
Perempuan Kuat Mengadu (Merengek) & Terlalu Bergantung
Perempuan memang dikenali sebagai kaum yang lemah, tak semestinya perlu sentiasa bergantung kepada lelaki semata-mata. Umur semakin meningkat, jadi kematangan pun perlulah seiring juga. Sikap yang terlalu keterbergantungan membuatkan lelaki mudah bosan.
Dalam perhubungan, pastikan ada 'give and take'.Barulah satu perhubungan itu adil bagi kedua-dua pihak. Sekuat-kuat lelaki, jangan ingat mereka tidak ada sifat manja. Mereka pun manusia juga. Jadi, berpada-pada lah meluahkan atau mengekspresikan kemanjaan masing-masing.
Kadang-kadang penyakit orang perempuan ni, apabila terasa kecil hati atau terluka, mulalah nak hebohkan satu dunia yang lelaki ini lelaki itu jahat. Malah ada yang spesies mula nak 'seduce' laki lain.
TIPS: Belajarlah mematangkan diri dan rajin-rajin motivasi diri. Kalau mengalami masalah itu, berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional. Perempuan yang 'independent' adalah seorang yang hebat. 'Independent' tidak semestinya terlalu 'open'.
Permaisuri Kerjaya
Dikatakan lelaki ‘berasa terancam’ dengan wanita yang berjaya. Ada juga kebenarannya di sini yang menjadikan ia lebih menarik untuk kita perhatikan. Ramai juga wanita profesional, berjaya dalam perniagaan, berjaya dalam kerjaya, menyatakan, “Saya ada pendapatan yang kukuh, memiliki rumah sendiri, dan juga hidup yang gembira. Saya tak perlukan lelaki untuk membuatkan saya gembira dan bahagia.” Jawapan saya, “Kalau macam tu tidak ada sebab untuk mana-mana lelaki pun ingin bersama dengan wanita seperti ini!.” Kenapa? Sebabnya ialah lelaki akan merasakan apakah perkara yang boleh dia sumbangkan dalam hidup wanita tersebut sekiranya dia berasa cukup segalanya?
Betul, lelaki tidak mahu wanita yang 100% bergantung kepadanya, tetapi adalah satu perkara yang amat mengharukan buat lelaki bila merasakan wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi membenarkan dirinya untuk bergantung kepada lelaki, yang pasti kelihatan wanita itu tidaklah sama sekali langsung tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya.
TIP: Kebanyakan lelaki ingin menjadi tumpuan utama dalam hidup pasangannya, dan tidak mahu tumpuan wanita itu terhadap kerjayanya melebihi tumpuan terhadapnya.
Pembenci Lelaki.
Wanita jenis ini berbeza berbanding wanita di dalam kategori lain dari satu segi. Kebanyakan lelaki akan memberikan wanita kategori ini lebih peluang dan cuba untuk memenangi hatinya, hanya disebabkan wanita ini dilihat sebagai satu cabaran.
Disebabkan kekuatannya(kemarahan), kebanyakan lelaki tidak mahu sebuah perhubungan yang mempunyai komitmen bersamanya(apatah lagi berkahwin), tetapi mereka begitu teruja dengan sikap wanita ini dan melihatnya sebagai cabaran, berusaha untuk mendapatkannya hanya sebagai “trophy”. Apatah lagi jika sikap dan kehidupan sosial wanita ini sentiasa membuka peluang kepadanya untuk bertemu lelaki jenis “buaya” dan berbahaya.
Wanita seperti ini mempunyai sifat persaingan seperti seorang lelaki dan sensitiviti seorang wanita. Dia mampu berubah dari seorang yang begitu menarik dan memikat kepada seorang yang sebaliknya atau “emotionally distant” dalam sekelip mata.
Dalam kata lain, dia menggunakan kebenciannya terhadap lelaki sebagai perisai untuk mengelakkannya dari terluka….sekali lagi.
TIP: Wanita seperti ini begitu berjaga-jaga supaya dirinya tidak terluka lagi. Di dalam perhubungan, bila dia menyerahkan hatinya kepada lelaki, mereka selalunya membenarkan perhubungan tersebut bergerak dengan terlalu pantas, dan akhirnya akan memeranjatkan, melemaskan, dan juga manakutkan kebanyakan lelaki.
Perkara yang paling penting wanita ini perlu pelajari ialah bagaimana untuk secara p..e..r..l..a..h..a..n membenarkan lelaki mencuri hatinya.
3 Comments
Slm michileyna. Perkongsian yg bagus. Mohon share. T kasih.
BalasPadamex aku kuat merengek, tension aku masa tu.bila part aku nk mengadu buat acuh x acuh je.. selfish.. puii.
BalasPadamaik....mcm x balance..kena give and take....xpa..dh jadi ex kan....nnti ex tu blaja
PadamCatat Ulasan