Sempena kekosongan masa yang terlampau ini, aku nak update blog. Kali ini aku nak kongsi tentang kasut yang termahal pulak tapi ini khas untuk lelaki. Jom check!
1) Air Jordan Silver Shoe (Price: $60,000 / RM189,480.00)
Kasut ini menduduki carta yang teratas sekali. Kepada peminat setia mati Micheal Jordan, hanya terdapat 20 pasang kasut ini. Siapa tidak kenal Micheal Jordan, legenda pemain bola keranjang. Malah kasut ini yang ada autograph pernah dijual kepada umum di ruangan eBay. Dikatakan, pembelinya membeli kasut ini sebagai hadiah hari jadi kepada Micheal Jordan setahun yang lepas kalau tak silap.
2) Diamond studded sneakers (Price: $50,000 / RM157,909.20)
Kasut yang menduduki tangga kedua pula sesuai untuk orang yang sangat menyukai sesuatu yang luar biasa dan lain dari yang lain. Terdapat berlian pada kasut tersebut, turut diberi gelaran Air Force 1 daripada Nike. Kasut ini bertatahkan 11 karat berlian sekitar logo Nike nya.
3) Men’s dress shoes from the house of Testoni (Price - $38,000 / RM120,004.06)
Testoni merupakan pengeluar kasut ekslusif sejak 1929 dan dirintis oleh Amedeo Testoni yang berasal dari Bologna. Beliau juga dikenali sebagai 'techniques of Norvegese'. Kasut ini juga merupakan sepasang kasut yang kalis air.
4) Nike Air Zoom Kobe 1 (Price: $30,000 / RM94,740.00)
Empat pasang koleksi unik dari Nike ini diberi nama Nike Air Zoom Kobe 1 menduduki carta keempat. Setiap pasang mempunyai keistimewaan tersendiri dan berbeza dari segi pembuatannya. Hanya dijual di 4 lokasi sahaja di dunia ini termasuk Los Angeles, Chicago, Texas dan New York. Malah hanya 25 pasang sahaja dibuat dan telah terjual dengan larisnya.
5) Gold running shoes (Price: $24,000 / RM75,872.08)
Walaupun nama kasut ini 'running shoes' tapi kasut ini bukan digunakan untuk berlari. Ianya dijual pada tahun 2007 di 'pre-match Shanghai Golden Grand Prixat, Shanghai'. Diperbuat daripada 620g emas tulen yang berukuran 26cm panjangnya.
6) Louis Vuitton men shoe (Price: $10,000 / RM31,613.97)
Kasut ini dilancarkan untuk menyangkal pandangan dan persepsi orang tentang Louis Vuiiton hanya untuk jenama wanita sahaja. Jenama hebat ini telah turut melancarkan koleksi lelaki hasil nukilan mereka pada musim bunga/panas 2010. Kasut ini disalut dengan kulit aligator dan nampak sangat maskulin. Juga merupakan kombinasi tradisional dan sedikit sentuhan 'vintage' dan juga merupakan buatan tangan.
7) Nike high dunk shoes (Price: $5,405 / RM17,077.66)
Golden dunks buatan Nike menduduki carta ketujuh. Walaupun mungkin ramai yang tidak berminat untuk memakai kasut ini, tapi berkemungkinan besar masih ada sekelompok yang menggilai kasut seperti ini. Secara keseluruhannya kasut ini diperbuat daripada emas.
8) Diamond studded shoes by Aubercy (Price: $4,510 / RM14,247.23)
Kasut buatan Aubercy ini menduduki takhta yang ke8. Bertatahkan berlian asli dan berwarna hitam.
9) Stefano Bemer shoes (Price: $2,000 / RM6,314.95)
Pencipta kasut ini pernah berkolaborasi dengan Gucci dan kasut ini pernah diiktiraf sebagai kasut buatan tangan yang terbaik. Mengambil masa selama 3 bulan untuk dihasilkan tapi sangat selesa untuk dipakai. Kebanyakkan kasut hasil tangan beliau diperbuat daripada kulit kodok dan unta.
10) Swarovski studded FILA shoes (Price: $1000 / RM3,160.16)
Akhirnya, kasut yang menduduki carta ke10 adalah merupakan sebuah kasut sukan yang bertatahkan berlian juga tetapi kasut ini direka dan dibuat khas sempena ulangtahun ke100 pemilik jenama sukan FILA. Hanya 100 pasang sahaja dibuat dan boleh didapati dalam 2 warna iaitu hitam dan putih di mana sangat sesuai untuk orang yang 'anti-fur design'.
1 Comments
Thanks on your marvelous posting! I definitely
BalasPadamenjoyed reading it, you are a great author. I will remember to
bookmark your blog and will often come back from now on.
I want to encourage one to continue your great posts, have a nice weekend!
Also visit my weblog ... Pornstars movies for free
Catat Ulasan