Kat sini aku nak kongsi tentang 5 benda perempuan perlu tahu tentang lelaki...Jom....
Kes 1
Lelaki membenci dengan perempuan-perempuan yang suka berlebih-lebih dalam segala hal
Perempuan yang banyak 'act' ni memang tak disukai oleh ramai lelaki, apa lagi jenis yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Pendek kata, semuanya lebih-lebih lah (over the limit gitu..) Lelaki cepat rimas dengan perangai wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih itu besederhanalah...Dalam Islam pun menyarankan agar kita menitikberatkan tentang amalan bersederhana.
Hmmm.....ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak bersosial sakan, berkawan rapat dengan lelaki lain, ligat keluar berjalan, minum-minum, lepak-lepak, makan-makan,
"wa jeles bangat tau!!..ingat tak terseksa jiwa dan batin ke?!!"....cubalah situasnya terbalik. Tahan ke cik adik cik adik sekalian??
Fikirlah dahulu sebelum anda nak bersosial sakan ni erk...Fikirlah, seandainya buah hati anda buat benda yang sama ( pendek kata hukum karma yang bayar cash)...Okay ke tak? Rasa oren tak?
Salah satu penyebab utama perpisahan yang banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka yang berlebihan dan cemburu yang membutakan kerasionalan berfikir.
Kes 2
Sebenarnya tak semua lelaki menyukai perempuan yang seksi malah lebih cenderung menyukai perempuan yang bijak..
Gambar Hiasan |
Wanita yang bijak yakni genius pasti selalu dipandang tinggi oleh ramai lelaki. Paling tidak pun, perempuan yang mempunyai pendirian yang tetap dan bijak dalam membuat keputusan ( kira matang lah tu). Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri. Taklah macam lembu dicucuk hidung.
Bagi lelaki, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, malah pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah 'Too Cheap!"...tapi ada gak laki yang suka seksi meksi ni..seksi kan subjektif...tak semestinya seksi dari segi fizikal. (paham-paham sendirilah). Selalunya yang seksi meksi dan seksa meksa ni hanya dilihat sebagai simbolik seks...Namun, jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar....durian runtuh lah tu...tapi bagi yang beragama Islam agak-agaklah erk...
Sekiranya seorang perempuan wanita itu pandai menyeimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan seperti yang tercatat kat atas tadi, pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama..kira buruan ramai lah.
Maksud yang berilmu ni merujuk kepada memiliki kebolehan dalam pelbagai aspek bukannya bijak pandai dalam akademik sahaja. Anda bolehlah menimba ilmu-ilmuan dari kursus-kursus ataupun bengkel tapi bukan bengkel motor erk, di mana boleh menimba ilmu seperti bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya..pendek kata perempuan yang serba boleh (multitasking person).
Kelebihan anda yang mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, susah untuk anda diperlekehkan dan dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan...
Kes 3
Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.
Erk..ni kes yang agak kritikal bagi aku...Ianya amat memualkan mereka apabila perempuan tak habis-habis bercerita itu dan ini tentang 'zaman kegemilangan' kisah lampau serta pengalaman semasa bersama dengan bekas kekasih..(benda ni memang betul, ku ada pengalaman, hehehe)
Ianya merupakan satu kesalahan yang besar bagi mereka. Jangan ingat mereka diam tu tandanya suka. Dalam hati sakit tu...Mereka juga menganggap, jika perempuan masih berperangai sebegitu, ianya seolah-olah masih ada 'cinta' di hati atau masih da perasaan kat bekas kekasih, walaupun ianya dah jadi sejarah...
Seelok-eloknya tak payah sibuk nak bercerita tapi kalau dia tanya tu, jawab pa yang patutlah...jangan lebih-lebih...Pening dengan sesetengah perempuan macam ini...Suka sangat nak bercerita kisah lama..Yang paling memeningkan bila da yang setia menunggu dalam diam lelaki yang dah berambus...kunun-kunun nak pertahankan kesetiaan...kalau setia sangat, kau takkan pasang laki lain, biar single memanjang...adoi...Yang suka bercerita ni seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai 'zaman kegemilangan' yang mengalahkan zaman dinasti China tu, lepas tu nak banding-bandingkan pulak tu...haru haru biru...
Tak usah lah cik adik dan kakak-kakak ku sekalian, STOP tentang cerita 'kehebatan' cinta lama...kesian kat kekasih terkini anda tu...Apa yang paling penting ialah kebahgiaan di masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu....boring la.....lainlah cerita cinta dahulu kala tu pernah memenangi anugerah nobel ker, anugerah industri muzik ke, paling tak anugerah Grammy..hahahahahhaha
Hadapi masa sekarang dan hargai saat-saat itu (nasihat untuk diri aku sendiri gak..hehehe)...Bina kebahagiaan sekarang....cipta pengalaman yang baru yang lebih indah untuk dikenang bersama. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama dengan mantan kekasih..Tak ada maknanya nak feeling2 sedih bila pergi ke tempat yang sama..Takkan nak runtuhkan atau bomkan tempat tu pulak...Jadi kes polis lah pulak...
Kes 4
Lelaki sangat mengagung-agungkan perempuan yang disukainya atau yang baru diminati walaupun perempuan tu tidak cantik!
Gambar Hiasan |
Hep..hep...jangan cepat sangat nak perasan. Kalau nak tahu anda tu betul-betul cantik atau hebat, jumpa yang membenci anda kerna sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengatakan yang anda tu hodoh jika terbukti anda cantik...
Apa macam??...inilah kenyataan....Dah banyak jumpa lelaki-lelaki macam ni...Walau benci atau geram dengan sikap perempuan itu, dia tetap akui yang perempuan itu benar-benar cantik....
Tapi bagi kaum hawa yang agak tidak cantik tu, tetap tak cantik di mata mereka...tapi bagi aku, tak ada perempuan yang tak cantik di dunia ini kecuali perempuan yang malas iaitu malas nak jaga penampilan diri termasuk luaran dan dalaman....nasihat tu....take a note...Walau tak cantik pun, kalau lelaki dah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun malah meletup walaupun anda selekeh dan tembam..( bagi lelaki yang suka perempuan selekeh kot ).....Begitulah sebaliknya...hehehe..
Kes 5
Mengapa masih mencintai lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi dan lagi...
Gambar Hiasan |
Yang ni aku pantang dengarlah....Jangan sesekali bagi peluang kedua kepada lelaki curang...Memang betul setiap orang berhak diberi peluang kedua tapi percayalah potensinya untuk curang kali kedua adalah sangat besar......Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi.Sekali dia curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain...yang lebih memanaskan hati tu, siap leh berkawan baik atau orang putih cakap 'keep in touch' dengan pasangan curang....ish3.... Curang pertama kali agak sukar untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali, yang kedua dan seterusnya akan menyusul...( mungkin wujud yang takkan buat lagi tapi amat jarang sekali untuk dijumpai)..
So, jangan buang masa berharga anda itu nak menyayangi kembali si jejaka curang itu...Tidak ada gunanya memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali curang lagi. Ini memang kenyataan.
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dam maruah, lalu dia tidak dapat diputuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain...
Berjuta-juta email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend kunun-kunun cinta sejati mereka yang hilang entah ke mana. Tak ada maknanya.....Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, perempuan-perempuan ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka.
Tolonglah faham ya, lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa 'mengayat' anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa, menatap wajah anda, berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih ada cinta dan sayang, takkan dia hilang dan senyap camtu jer...handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas...hmmm......tak ada benda lain lah tu, ada wanita lain lain lah tu. Kalau tak pun dah bosan dengan anda....
So, kerja dan peranan anda sekaran ialah, tanam tekad untuk keluar dari kemelut di muara kasih anda itu dan mulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru...
0 Comments
Catat Ulasan