Osama bin Laden ditembak dengan peluru yang direndam dalam minyak babi? Berita ni aku baca dari metro juga, yang dipercayai oleh sebuah syarikat yang terbabit dengan menjual minyak senapang mengandungi lemak babi.
Menerusi laman web syarikat terbabit, 'Minyak Senapang Silver Bullet' mendakwa minyak yang dikeluarkannya mengandungi 13% lemak babi, malah menjadikan produk tersebut berkesan untuk memerangi militan Islam.
Malah, pemilik laman web berkenaan yang menggunakan 'The Midnight Rider' mendakwa, militan Islam yang mati akibat terkena tembakan peluru yang bersalut dengan minyak babi tidak akan masuk syurga. "Ia secara berkesan menghalang mereka memasuki syurga Tuhan mereka". Punyalah bangang diorang ni, macamlah diorang yang tentukan siapa yang masuk syurga atau neraka.
P/s : Babi tu pun makhluk Tuhan....macam-macam cara musuh Islam nak jatuhkan Islam...
0 Comments
Catat Ulasan