Berita ni aku baca kat Metro online. Berlaku kat Wangsa Maju, Kuala Lumpur di mana seorang ibu terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya sendiri yang berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka kelmarin.
Memang menyedihkan nasib si ibu ini. Si ibu yang berusia 40-an turut berusaha untuk memberhentikan perbuatan anaknya tapi lansung tak diendahkan. Dipercayai, lelaki tersebut di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang turut menjerit meminta bantuan. Apa punya kejam lelaki ini.
Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenali sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya.
Anda semua boleh baca lebih lanjut lagi berita ini kat harian metro.
p/s : Menakutkan rakyat Malaysia sekarang....hati-hatilah dalam memilih pasangan...ibu dia sendiri dia tak hormat apatah lagi ibu orang lain....
0 Comments
Catat Ulasan