Ni la dia Borley Reactory, sebuah rumah milik Reverend Henry Bull yang telah dibina pada 1863. Macam-macam fenomena aneh telah berlaku setiap kali rumah itu bertukar pemilik. Antaranya, bunyi tapak kaki, bayang-bayang pemilik rumah itu iaitu Henry Bull, bau yang tak menyenangkan, objek bergerak secara tiba-tiba, tingkap pecah dan roh seorang rahib perempuan yang berwajah sedih.
Kejadian paling teruk yang telah berlaku pada bulan Oktober 1930 ketika rumah itu dihuni oleh Reverend Lionel Foyster dan isterinya Marianne. Puan Foyster pernah ditolak dari katilnya pada waktu malam, ditampar tanpa tahu siapa yang menamparnya, dilempar dengan objek berat, hampir lemas bila cuba dibalut dengan tilam dan mendapat tulisan pesanan di dinding seperti memerlukan bantuan.
Kononnya semua kejadian yang terjadi ni datangnya dari roh pasangan rahib yang telah dibunuh kerana cuba lari tempat itu. Rahib lelaki telah digantung dan rahib perempuan pula disimen hidup-hidup dalam dinding biaranya. Mungkin sebab roh-roh itu tak tenang kerana tidak bersemadi dengan aman. Pada Mac 1938, roh kat situ telah memberi amaran yang rumah itu akan terbakar dan ianya memang betul-betul terbakar sebelas bulan lepas semasa dihuni oleh Captain WH Gregson. Bangunan rumah tersebut telah dirobohkan sepenuhnya pada 1944 tapi reputasinya sebagai Ruamh Paling Berhantu di dunia masih kekal sampai hari ini.
0 Comments
Catat Ulasan