Alhamdullillah, kali ini aku dipanggil untuk menghadiri temuduga bagi jawatan Pegawai Perhubungan Perusahaan S41. Memang padan dengan juga dengan ijazah sarjana muda aku dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. 

Tetapi aku tak pernah atau lebih tepat lagi tiada pengalaman langsung dalam menghadiri temuduga SPA. Aku dah cari tips tentang temuduga bagi jawatan tersebut tapi hasilnya sangat ciput. Kenapa? Kenapa?

Aku bertekad nak bersungguh-sungguh kali ini, harap-harap ini rezeki aku dan aku tak lama menganggur..hehe..

Aku kemaskini info kat entry yang sama sahajalah. Aku temuduga pada 6 November yang lepas. Jauhnya tempat aku nak temuduga, ambil 9 jam perjalanan naik bas. Apa-apa pun, aku dah lepas.. hehe

Antara soalan-soalan yang panel tanya kat aku:

  1. Asal dari mana?
  2. Awak dah kahwin tak?
  3. Introduce yourself in english about your family and hobby. ( Ini perlu speaking sebab dia tanya dlm bi)
  4. Awak baru graduate, ceritakan bila awak habis belajar dan minta jawatan ini. 
  5. Ceritakan pengalaman kerja awak. 
  6. Apakah pendapat anda tentang isu pencen umur 60 tahun? Setuju atau tidak?
  7. Dalam 15 jawatan SPA, jawatan ini no berapa? ( Aku jawab jujur bagitau no 2 dan dia dapat agak jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik menduduki carta teratas)
  8. Apakah tugas-tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan? ( Hafal dan faham deskripsi tugas dalam SPA tu)
  9. Apakah perbezaan antara Pegawai Perhubungan Perusahaan dengan Pembangunan Sumber Manusia? ( Dia tanya tu sebab aku ada ijazah Pembangunan Sumber Manusia kot)
  10. Ada tak belajar Labour Law? ( Aku jawab secara general sebab kitaorang lebih kepada Employment Law dan Industrial Relations, ada juga pasal Labour Law tapi tak secara mendalam).
  11. Ada tak belajar cara mengira kadar kerugian dalam kemalangan? ( Aku jawab tak ada sedangkan aku ada belajar dalam subjek Occupational Safety & Health. Aku tak ingat langsung yang aku pernah belajar..hehe)
  12. Lepas itu panel tu cerita macamana kerja Pegawai Perhubungan Perusahaan ini, dia cakap kerja ini tugas dia banyak, kena marah kena maki tu lumrah, beri ceramah dan macam2. (Aku mengiyakan setiap pa yang panel itu cakap)
Apa-apapun, dia orang sangat menitikberatkan kemahiran berkomunikasi setiap calon. Jawapan salah ke, betul ke, dia orang tak ambil pusing sangat. Tapi janganlah sampai menjawab membuta tuli. Yakin itu kena ada. Seboleh-bolehnya, elakkan bercakap dalam bahasa yang bercampur. Aku hari itu, spontan bahasa bercampur-campur tapi pandai-pandai lah cover balik. Soalan dia tak sama, yang penting anda semua baca isu semasa yang berkaitan dengan tugas Pegawai Perhubungan Perusahaan ini termasuklah isu pekerja asing, umur berpencen, pekerja OKU, gaji minima dan panel berpotensi tanya soalan aplikasi ( diberi case study lepas itu disuruh aplikasikan peranan dan tugas PPP dengan case study tersebut).
Harap-harap pengalaman aku ini membantu...

Keputusan temuduga ini boleh diketahui mulai pada 28 Disember 2012 dengan melayari Laman Web SPA atau menghubungi TeleSPA di nombor 600-83-7979 atau 

SMS ke 39111 dengan menaip: SPAKEP<ruang>no. kad pengenalan<ruang>kod skim