1) Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Semoga pintu-pintu segala kebaikan terbuka luas untuk kita hari ini.

2) Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, tunjukkanlah kami ke arah kebaikan. Pertingkatkan iman kami dan jadikanlah sisa usia kami dalam rahmatMu.

3) Assalamualaikum dan Salam Jumaat. Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik, berusaha yang terbaik, bersyukur serta bersabar.

4) Salam Jumaat. Ya Allah, jauhkanlah hidup kami dari penderitaan, mudahkanlah jalan kami untuk kebahagiaan. Lancarkan rezeki kami dan lindungilah di setiap langkah kami. Aamiin…

5) Salam Jumaat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu rezeki yang baik (halal dan suci), ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima.

6) Salam Jumaat Penuh Berkah. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.

7) Salam Jumaat. Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.

8) Salam Jumaat Penuh Barakah. Semoga dengan sinar RabbNya dan keberkatan Jumaat yang mulia ini, kita berterusan didatangi hidayah dan petunjuk dari Allah untuk terus istiqamah dalam beribadah dan berbuat kebaikan.

9) Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Ya Allah, Engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

10) Salam Jumaat yang barakah. Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunilah dosa-dosa kami. Murahkanlah rezeki kami. Berkatilah kehidupan kami. Aamiin.

Semoga bermanfaat.